Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2026 @ 10:38am

“Semoga Mommy Kuat Untuk Jaga Fatima Sampai Tua Nanti”- Fazura Tahan Sebak Titip Ucapan Untuk Fatima Di Usia 15 Tahun

Selebriti terkenal, Fazura tidak dapat menahan sebak ketika menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di usia 15 tahun nanti.

Menerusi perkongsian tular, Fazura dilihat cuba mengawal emosi ketika diminta untuk menitipkan pesanan itu ketika menjadi tetamu di segmen Bekpes Hot, Hot FM pada Khamis.

Kata Faz, dia bersyukur dapat membesarkan Fatima dan berharap dikurniakan kesihatan untuk terus menjaga dan berada disamping anak kesayangannya itu.

“Fatima, Mommy love you so much. Masyaa-Allah macam mana kejadiannya 15 tahun nanti ya. Nak kawal air mata ni.

“Okay, Fatima Mommy love you so much dan alhamdulillah dah sampai ke tahap ini (umur Fatima 15 tahun) mommy besarkan Fatima.

“Semoga Mommy diberikan kesihatan untuk jaga Fatima sampai Fatima tua nanti. Harap Fatima kuat, kental, hadapi dunia yang penuh keras ni dan mommy akan sentiasa bersama Fatima insyaa-Allah dengan izin Allah,” luahnya.

 

View on Threads

 

Lebih menyentuh hati, Fazura turut mengakui apa pun yang berlaku pada masa hadapan kelak, kasih sayangnya terhadap Fatima tidak akan pernah berubah.

“Sama-sama kita berganding tangan walaupun ditakdirkan in future kita berdua. Tak tahulah saya kahwin lagi ke atau tidak tapi, mommy will always be with you and you always be my number one and I love you so much,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 May 2026

“Hanya Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci”- Masih Pakai Kereta Rosak, Norish Karman Tepis Dakwaan Terima RM200,000

Norish turut mengakui masih menjalani kehidupan sederhana dan belum mampu memiliki kenderaan baharu seperti diperkatakan netizen.

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Musicpreneur欢庆一周年 各大金牌导师现身力挺

自去年12月开始装修的Musicpreneur ,在经过两个多月漫长的装修工程,日前在「金牌导师」黄良田和周金亮,以及国际艺人 Vessbroz 等艺人的见证下,进行开业仪式。

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Contest Thu, 5 Sep 2019
Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

Featured Sat, 24 Jul 2021

Pelakon Veteran Datuk Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu. Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya […]

error: Content is protected !!