Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 24, 2021 @ 8:22pm

Pelakon Veteran Datuk Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu.

Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang ini.

Berita pemergiannya disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar kepada BH Online.


“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya, masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik.

“Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri. Saya dan dua anak berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Alhamdulillah, arwah pergi dengan mudah. Saya kemudiannya menghubungi anak-anak lain memaklumkan berita pemergian arwah,” katanya kepada BH Online.

Walaubagaimanapun, cucu Allahyarham Burhanuddin yang  juga merupakan seorang doktor di Klang mengesahkan arwah meninggal dunia bukan disebabkan pandemik COVID-19.

Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Baharuddin, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

Trending Thu, 26 May 2022

Ratu Elizabeth Cari ‘Bibik’, Dibayar RM43 Sejam

Ratu Elizabeth mengiklankan kerja kosong untuk mencari pembantu rumah.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

Featured Thu, 26 Jun 2025

Amira Othman Dipuji ‘Humble’, Netizen Komen: “Bagus Kak Ya, Rumah Besar Gila, Parking Pun Macam Padang Bola”

Amira berkongsi kepada peminat bahawa kediaman miliknya itu memiliki ruang yang besar sehinggakan membuatnya berasa sunyi.

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
error: Content is protected !!