Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin October 16, 2020 @ 4:12pm

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial.

Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan imej baharu.

Pemenang trofi Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini mengakui penampilannya yang gempal sebelum ini menjadi penyebab dia mahu mengubah fizikalnya untuk meraih kembali keyakinan diri.  

Tak ada leher!

“Di laman sosial, saya harus tampil ceria dan gembira tapi hakikatnya, dalam hati saya rasa kurang berkeyakinan. Semuanya kerana fizikal saya.

“Saya pernah menerima pelbagai komen kurang enak dan kejam seperti ‘gemuk macam b*bi’, tak ada leher dan banyak lagi. Mula-mula saya tak mahu ambil peduli tetapi lama-lama, ia meninggalkan impak ‘pedih’ dalam hati saya.

View this post on Instagram

It was never my absolute intention untuk KURUS, tetapi, I did all these for my mental health. Bila sebut pasal mental health, kau akan pikir yang teruk-teruk je macam gila lah, nak bunuh diri lah, depression lah – most of us akan terusss ke sini but for me, mental health jugak termasuk benda-benda subtle yang kau tak nampak sangat. Macam kes abang, Alhamdulillah bukanlah ke tahap depressed (depression is a very heavy word, I don’t want to use it lightly) but memang at one point abang tertekan, menjauhkan diri dari society, rase insecure and hilang keyakinan diri. All these I believe adalah indication bahawa mental health abang is messed up. I needed to be happy again. Lepas abang pikir, PERSONALLY, benda ni jadi sebab my physical. Abang tak jaga kesihatan, tak bersenam, makan over the limit and natijahnya, I gained weight. I was 105KG and it was my heaviest ever. Masa ni abang makin jadi tak happy, bila tak happy abang stress, bila stress abang makan. The cycle continues. THEN, muncul plak external factors macam permulaan video. Kutukan dan hinaan dari ntah sapa-sapa pasal saiz badan and fizikal abang. Trust me walaupun ada 10,000 komen yang murni, kau terbaca 1 komen kejam ‘GEMUK MACAM BABI’ – sentap weiii! It affected me so much. In the end, these internal and external factors ni membuatkan abang stress and very-very unhappy. TAPI, instead of berterusan gini, I decided to do something about it. Family and close friends pulak tak henti-henti bagi sokongan and in 4 months, ALHAMDULILLAH berat abang now 79KG. I’ve lost almost 25KG. Yeayy And lucky for me, bila berat abang makin turun, saiz badan makin kecik, what increases is my level of confidence and happiness! This I believe is an indication that my mental health is GETTING BETTER! Yeayyy Lastly, I just wanna dedicate this video to all of you, especially my family, bitabiti, my bffs, my Personal Trainer @boxtofit, my team at @hts.hairtransplantsolutions especially @dralynah and @fayruz_anisa and semua #villagepeople! Thank you for letting me be happy again ☺️

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on

“Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri dah lama tak pandang cermin. Nekad ingin berubah, saya ambil kesempatan untuk berehat selama empat bulan dan kini muncul semula dengan penampilan baru.

“Saya menggunakan kaedah selamat seperti mengawal pemakanan, bersenam, melakukan banyak aktiviti fizikal dan banyak lagi. Alhamdulillah, ia menunjukkan hasil. Sebelum ini berat badan saya lebih 105 kilogram, kini berat saya 79 kilogram,” katanya.

Nak jaga kesihatan mental…

Tambah Faiz lagi, dia juga melakukan perubahan ini kerana ingin menjaga kesihatan mentalnya.

“Bila berbicara mengenai kesihatan mental, mesti akan terlintas beberapa topik mengenai depresi, kemurungan, gila, bunuh diri dan sebagainya. Bagi saya, kesihatan mental juga merangkumi perkara yang kita tidak nampak.

“Saya sendiri tidaklah mengalami tekanan yang teruk tetapi perkara-perkara kecil yang berlaku membuatkan saya menjauhkan diri, rasa tak percaya dengan diri sendiri, tak selamat serta hilang keyakinan.

“Sedikit sebanyak, ia seakan menganggu kesihatan mental saya. Saya tekad mahu berubah dan bersyukur kerana hasilnya membuatkan saya gembira. Saya kini lebih menyayangi diri sendiri dan berharap untuk terus kekal dengan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Mula terkenal di laman sosial semenjak tujuh tahun lalu, Faizdickie merupakan personaliti yang popular dengan video-video lawak menerusi karakter Sarabanon, Kak Leha dan Nurse Puaka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 12 Feb 2019

睡觉时有这「3症状」请即刻就医

每个人的心愿都是睡顿好觉,不过每10个人就有一人为失眠问题所苦;医师提醒您,要是在睡觉时出现三个状况,那就该找医师咨询了!

Trending Thu, 27 Jan 2022

“Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu.” Itu merupakan ciapan penyanyi Ernie Zakri di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu. Biarpun tidak menyebut sebarang […]

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Mon, 11 Oct 2021
Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Thu, 15 Jun 2023
Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Nak Mulakan Perniagaan Online Tapi Takut Ia Remeh? Avana Membantu Permudahkan Kerja Anda

Sistem ini meringkaskan lagi proses penjualan anda supaya perniagaan anda boleh berkembang.

error: Content is protected !!