Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 15, 2023 @ 7:43pm

[VIDEO] “Kalau Dengan Baby Memang Akan Kalah” – Comel! Nak Pinjam Isteri, Harris Annuar Sakat Anak… Netizen Terhibur!

Anak perempuan kepada pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican, Aura Medina sering meraih perhatian dalam kalangan netizen dengan kecomelannya.

Baru-baru ini, gelagat Harris menyakat anak perempuannya itu membuat ramai terhibur.

Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Harris sedang mendukung dengan menyandarkan anaknya perempuan ke dinding sambil meminta untuk ‘meminjam’ Asha selama satu jam.

“Dengar sini. Sekarang ni kita kat tempat parking, awak dah ambil masa isteri saya 24 jam tau. Saya nak masa satu jam je dengan dia. Kita share, tolonglah kita share.

“Saya nak isteri saya juga. Awak nak mak awak, saya nak isteri saya juga. Tolonglah kita bertimbang rasa okay,” katanya.

@harrisannuar Daddy nak mummy balik 🤣love you my daughter ❤️ #BangkitBotak #malaysia #Tiktok #malaysiatiktok #malaysian #viral #viralvideo #baby #babytok #babytiktok #babyfever ♬ original sound – Harris Annuar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak terutamanya selepas anak perempuannya sempat merengek, Harris terus mengalah untuk beri sahaja masa isterinya itu kepada Aura.

“Dia tak payah sound lebih-lebih. Dia bagi satu tu je, surrender. Kalau dengan baby memang akan kalah.

“Dia punya penumbuk tu comel. Hati-hati, member dah standby penumbuk tu, risau,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 25 Jul 2020
familuv Wed, 13 May 2020
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Shahida turut memberitahu suaminya memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, beliau usahakanlah dia jadi artis nasyid. Korang sokong dan setuju tak?

Events Thu, 8 May 2025
Trending Wed, 13 Jan 2021
Hiburan Sat, 14 Mar 2026
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

error: Content is protected !!