Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 4, 2023 @ 1:48pm

“Padam Kenyataan & Mohon Maaf Secara Terbuka” – Pengarah Filem Kontroversi Nafi Mentega Terbang Persenda Agama Islam

Penerbit, pengarah dan penulis skrip filem kontroversi, Mentega Terbang mengemukakan notis tuntutan kepada penulis, Zabidi Mohamed supaya memadam kenyataan yang mengaitkan filem itu sebagai mempermainkan dan mempersenda agama Islam.

Pengarah dan penulis skripnya, Mohd Khairi Anwar Jailani menerusi hantaran di Instagramnya pada Jumaat berkata, tindakan itu diambil susulan penulisan Zabidi di ruangan Facebooknya  mendakwa Mentega Terbang sebagai filem menghina, meremeh, merendah-rendahkan, memperleceh, menodai dan mempersendakan agama Islam.

“Kami merujuk kepada kenyataan-kenyataan dibuat Zabidi Mohamed di laman Facebooknya masing-masing pada tarikh 25 Februari, 2 Mac dan 3 Mac yang tersebar secara meluas sejak beberapa hari lalu.

“Kami dengan tegas menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem Mentega Terbang sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di IG @mentegaterbangmovie.

 

Selan itu, terdapat empat lagi individu yang terlibat dalam penghasilan filem Mentega Terbang  turut menafikan semua bentuk dakwaan bahawa filem itu sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi.

Terdahulu, Zabidi menerusi hantaran dalam Facebook (FB) bertarikh 25 Februari lalu menyatakan: “Filem ini menghina, meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersenda Islam secara terang-terangan (blasphemy).”

Dan pada hantaran bertarikh 2 Mac lalu, Zabidi menyatakan: “Saya sudah menontonnya hingga habis dan dapatan saya filem ini secara terang-terangan dan buka lagi secara halus atau ‘subtext’ adalah satu usaha terancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia dan sasaran adalah remaja sekolah.”

Terdahulu, filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anaknya memilih agama yang hendak dianuti.

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan buat Haqiem & keluarga.

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Gemuk tak salah, yang penting kesihatan perlu diutamakan okay!

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!