Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 23, 2021 @ 2:30pm

KWSP Lancar Kemudahan i-Sayang & Kebenaran Pengeluaran Akaun 2 Untuk…

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan pihaknya akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Kemudahan ini sekaligus membolehkan pemindahan sukarela sebanyak 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

i-Lindung & kebenaran pengeluaran dari akuan 2

Manakala, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan adalah i-Lindung yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Badri memaklumkan perkara berikut ketika majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Sumber: KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Pelawak Senior Indonesia Pesan Dadah Tiga Kali Sebulan!

Pengacara berusia 56 tahun itu ditahan pihak Polis pada 19 Julai 2019 selepas didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Kisah Viral Tue, 10 Jun 2025

Pemandu Bas Nahas Pelajar UPSI Mohon Maaf, Dakwa Brek Tiba-Tiba Gagal Berfungsi

Pemandu bas UPSI nafi bawa laju, brek gagal fungsi

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Keluar Sangkar, Zul Ariffin Jadi Petani?

Penat bertumbuk, Zul Ariffin sibuk pula nak jadi petani. Dah sedia nak comot dan kotorkan tangan? Adakah ini kisah hidup atau sekadar drama terbaru?

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!