Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi June 10, 2025 @ 1:37pm

Pemandu Bas Nahas Pelajar UPSI Mohon Maaf, Dakwa Brek Tiba-Tiba Gagal Berfungsi

Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39 dengan penuh penyesalan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, awal pagi semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Amirul menjelaskan bas yang bertolak dari Terengganu pada awalnya berada dalam keadaan baik, namun sebaik tiba di kawasan Jambatan Lintasan Gajah, Gerik, sistem brek secara tiba-tiba tidak lagi berfungsi.

“Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan apabila brek bas gagal berfungsi secara tiba-tiba.

“Ketika itu saya cuba pelbagai kaedah untuk memperlahankan kenderaan, tetapi semuanya gagal disebabkan tekanan angin bas yang kosong. Malah brek tangan dan pertukaran gear juga tidak dapat dilakukan.

“Saya hanya mampu berusaha mengelak daripada merempuh kenderaan lain. Seingat saya, empat kenderaan termasuk sebuah lori berjaya saya elakkan sebelum kemalangan berlaku.

“Kenderaan terakhir yang saya potong ialah sebuah kereta yang dilengkapi kamera papan pemuka (dashcam). Saya cuba sedaya upaya mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih buruk,” katanya.

Menafikan dakwaan mengatakan dia memandu laju seperti yang ditularkan di media sosial, Amirul berkata dia sudah arif dengan laluan Jeli–Gerik, lebih-lebih lagi di kawasan menuruni bukit.

Jelasnya lagi, tindakan seperti memotong kenderaan mungkin disalah erti sebagai memandu laju, sedangkan dia hanya berusaha mengelak pertembungan berbahaya.

“Saya tahu ramai lihat saya seperti memecut dan memotong kenderaan, tetapi hakikatnya saya sedang cuba menyelamatkan penumpang serta pengguna jalan raya lain. Apatah lagi kawasan kejadian adalah selekoh menuruni bukit, memang sukar untuk dikawal,” katanya dalam nada sebak.

Berpengalaman sebagai pemandu bas sejak 2016, Amirul berkata, sebaik menyedari masalah brek, dia terus menjerit memberi amaran kepada penumpang untuk bersiap menghadapi sebarang kemungkinan.

“Mungkin penumpang di bahagian depan dengar arahan saya, tetapi kebanyakan di belakang sedang tidur dan menyangka saya sedang memarahi mereka.

“Bas terus bergerak dalam keadaan tanpa brek sejauh lebih satu kilometer. Apa yang pasti, saya sudah cuba sebaik mungkin sebagai pemandu untuk elakkan kemalangan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, sebaik bas terbalik, dia pengsan seketika sebelum sedar dan menjerit meminta pelajar keluar melalui cermin depan yang pecah.

“Saya merangkak keluar dan lihat keadaan pelajar… saya sangat sedih dan hanya mampu menangis. Tapi saya reda kerana ini ujian Allah.

“Ini kali pertama saya terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa sepanjang menjadi pemandu bas. Saya rasa sangat bersalah, tetapi masa tidak boleh diputarkan.

“Saya hanya mampu minta maaf dan serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat,” katanya yang berasal dari Besut, Terengganu.

Amirul kini menunggu menjalani pembedahan di tangan kiri yang patah akibat insiden berkenaan.

Terdahulu, siasatan awal polis mendapati bas yang membawa pelajar UPSI itu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terbabas dan terbalik.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Sep 2024

Terpalit Gosip Cinta Bersama Amir Ahnaf, Angel Dolla Terharu Peminat Backup & Tetap Beri Sokongan 

Bagus betul peminat-peminat Angel sentiasa berikan sokongan & tak blame orang lain👏👏👏

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Saya Belajar Nak Jadi Baik” – Lisa Surihani Akui Penghijrahan Berdepan Pelbagai Dugaan

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah. @pendosahijrahhh ❤️❤️❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #pendosa #majlisilmu #fakirilmu #hijrah ♬ Sang Dewi Cover by Igan Andhika – Igan […]

Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Featured Thu, 20 Nov 2025

“Cakaplah Apa Pun, Itu Urusan Mereka Dengan Allah” – Fazura

Individu tersebut mendakwa aktres itu bertindak ‘membuli’ malah berkongsi semula foto milik anaknya.

Events Thu, 11 Jul 2024

Bapa Baby Syifa Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Allahu, banyak sangat kes selewang duit sekarang ni kan😡

Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Fri, 2 May 2025

“Saya Faham Perasaannya” – Isu ‘Perempuan Itu’, Shila Amzah Sokong Kenyataan Nabila Huda

Shila menzahirkan empati mendalam terhadap situasi yang dihadapi Nabila

Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

error: Content is protected !!