Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari January 25, 2023 @ 5:28pm

“Saya Nak Jarak Usia Dekat-Dekat” – Rancang Hamil Cahaya Mata Ke-2, Ayda Jebat Mahu Miliki 3 Orang Anak

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi bahawa dia dalam perancangan untuk hamil anak kedua pada tahun ini.

Malah, dia dan suami menyasarkan untuk memiliki cahaya mata seramai dua atau tiga orang dengan jarak usia yang dekat.

“InsyaAllah I wanna get pregnant this year jugak, taknak gap lama sebab pregnant saya jadi malas nak kerja, nak tengok telefon pun malas.

“Saya target nak anak dua atau tiga orang tapi gap yang dekat-dekat. Kita pun bukan muda lagi tau,” kata Ayda kepada XTRA.

Ayda turut berkongsi bahawa anak sulungnya, Ana Nayla yang berusia setahun itu mendapat tawaran untuk menjadi duta bagi beberapa jenama barangan kanak-kanak.

Ditanya mengenai keterbukaan Ayda untuk anaknya melibatkan diri dalam kerjaya seni, Ayda memaklumkan dia perlu melihat keadaan supaya tidak dianggap mengeksploitasi anak.

“Ikut jadual juga kot tengok masa sebab nak biar dia bekerja sangat pun nanti tetiba ada pulak orang cakap guna anak, anak kecil lagi dah suruh anak cari duit.

“So far ada lagi tawaran yang masih dalam rundingan, tak ada la banyak sangat tapi kita nak pick the best, tak nak lah asal ada ja ambik. Sebelum setuju jadi duta, kita sendiri pakai, kita try dulu, Kita taknak asal dapat duit ja buat ja la, tipu ja la peminat, tak baik!,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ayda menzahirkan rasa gembira apabila dilantik menjadi duta bagi Salam Taiwan 2023 oleh Biro Pelancongan Taiwan ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rasmi Salam Taiwan Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Eslite Starhill, Kuala Lumpur, pada 20 Januari lalu.

Bukan itu sahaja, Ayda juga merupakan peserta dalam program Famili Duo bersama adiknya, Fyna Jebat.

Ayda dan Fyna kini mengungguli carta keseluruhan Famili Duo dengan kutipan markah sebanyak 363.3 mata.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.
Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Oct 2020
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

Trending Thu, 17 Sep 2020

Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Semoga yang baik-baik sahaja buat abang Fedtri Yahya

Featured Sun, 5 Apr 2020
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Abang Nak Tegur 3.0 Terima Kecaman Netizen

Bukan dislike yang dicari tetapi jumlah tontonan video muzik Abang Nak Tegur 3.0

Featured Sun, 5 Feb 2023

Ummi Nazeera Pesan Jangan Ada Cinta Lokasi – “Ia Menganggu Orang Lain Kalau…”

Kalau pandai control perasaan, go ahead – Ummi Nazeera

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Syeriv Semangat Main Bola Dengan Safawi Rasid – “Untunglah Ada Uncle Kapten Malaysia…”

Umum mengetahui, pelakon Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid tahun lalu dan kehadirannya itu telah diterima baik oleh keluarga ‘The Melvins’. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik […]

Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Mengaku Dirinya Buas!

Namun, apa yang menariknya teman-teman rapat Sajat pun dapat barang yang mereka nak! Bahagianya dapat kawan macam Sajat ni kan!

error: Content is protected !!