Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Dharnieya Nur Amelsa January 17, 2023 @ 5:21pm

[VIDEO] Syeriv Semangat Main Bola Dengan Safawi Rasid – “Untunglah Ada Uncle Kapten Malaysia…”

Umum mengetahui, pelakon Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid tahun lalu dan kehadirannya itu telah diterima baik oleh keluarga ‘The Melvins’.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok yang memaparkan anak sulung lelakinya, Syeriv sedang teruja bermain bola sepak bersama Safawi.

Menerusi hantaran tersebut, Syeriv bersemangat menyepak bola dan turut melakukan gaya seperti Safawi selepas menjaringkan gol.

@shaheizysam Untung laa dapat coaching dari Malaysia’s Best @OFFICIAL SAFAWI R @Syeriv samheizy #FYP #ForYourPage ♬ Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik – Donny Fernanda

“Untunglah dapat coaching dari Malaysia’s Best,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan Syeriv merupakan seorang yang beruntung memandangkan bapa saudaranya ialah pemain bola sepak dan keluarganya pula adalah pelakon.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang terhibur melihat gaya yang ditiru oleh Syeriv sewaktu menjaringkan gol tersebut.

“Untung lah dia hehehe.

“Family dia artist ada, pemain bola pun ada.

“Syeriv be like ‘Uncle saya pemain bola kot’ hahaha.

“Kemain ek Syeriv dengan gaya dia tu hahaha.

“Matyip tak pernah tak hensem dengan gayanya. Untung lah ada uncle captain Malaysia,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 486,000 tontonan, 41,000 tanda suka dan lebih 126 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Hiburan Tue, 26 Feb 2019
Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Featured Thu, 13 Apr 2023

Peminat Saling Berbalah, Sibuk Bandingkan Aina Abdul & Siti Nurhaliza – “Saya Segan! Tolong Jangan Laga-Lagakan Kami”

Laaa… dua-dua penyanyi hebat. Patut kita bersyukur Malaysia ada penyanyi hebat macam TokTi & Aina😚

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Featured Wed, 11 May 2022
error: Content is protected !!