Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 3, 2021 @ 8:12pm

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini.

Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur itu hanya akan membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah, persiapan perkahwinan semuanya hampir siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes COVID-19 makin meningkat setiap hari, agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

“Saya berharap agar tidak ada sebarang perubahan saat akhir dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah,” katanya.

Menjelang hari bahagianya, Intan turut tampil menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Inisiatif itu dilakukan bagi menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.

“Dalam rezeki saya, ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan bekerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya mendapat rezeki baharu.

“Jadi, saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah berikan untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan.

“Selaku duta, saya dan pengasas jenama ini, Juzailah Shariff memberikan sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat COVID-19.

“Saya sendiri dibesarkan oleh ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu bersusah-payah membesarkan kami tiga beradik.

“Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2024

Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

“Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos,” – Peguam

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Featured Sat, 25 May 2024

Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Haa, dengar penjelasan Adira tu okay jangan asyik tanay nanti kena babap. Awas!😅

Featured Wed, 13 Aug 2025

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Menerusi perkongsian video, ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.

Events Fri, 20 Dec 2024

Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis

Along merayu jaminan dibuat kerana anak bersekolah tahun hadapan.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!