Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 13, 2019 @ 4:24pm

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Memulakan misi baharu dalam hidup, penyanyi Mimifly mengajak peminat turut sama mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan mengikut gizi yang diperlukan tubuh.

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

“Saya sendiri baharu mencuba gaya pemakanan terKetobaharu iaitu Keto Diet yang mana tidak mengambil karbohidrat seperti nasi, pasta, roti dan sebagainya. Sebaliknya menggantikan makanan gantian yang memberikan tenaga dan zat yang sama.

“Kadang kala ada juga saya tersasar daripada diet terutama apabila keluar melepak bersama-sama rakan-rakan. Apatah lagi, saya juga mencuba ‘intermitten fasting’ bagi memberikan rehat kepada usus yang banyak bekerja. Selain pemakanan, senaman juga penting dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

“Hendak memulakan sesuatu itu bukanlah perkara mudah, namun semangat dan azam yang menjadikan kita kuat. Kepuasan apabila habis bersenam itu sukar digambarkan malah menjadikan kita lebih gembira menjalani rutin harian,” kata Mimi.

Penyanyi yang tampil dengan lagu Superfly itu aktif berkongsi kata-kata semangat menerusi aplikasi Insta Story di Instagramnya.

Oleh: Zaraa Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Thu, 14 May 2026

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Kata Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik, namun kini pandangannya berubah selepas memahami karakter suaminya.

Kisah Viral Mon, 26 Aug 2024
Featured Fri, 27 Feb 2026

“Saya Tidak Perlu Untuk Membalas Semula Sebab Ustaz Dah Jelaskan” – Siti Nurhaliza

Tegas Siti, beliau tidak perlu untuk membalas kata-kata atau kecaman yang diberikan warganet kerana pihak yang lebih arif mengenai agama telahpun menjelaskan mengenai hal yang berkaitan.

Trending Hari Ini Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

‘Bapak Kau Tak Marah Ke’, Amar Baharin Bengang Dengan Siapa Tu?

Ish, siapa pula yang buat Amar bengang ni?

error: Content is protected !!