Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:26pm

“Dagu Runcing Itu Asli” – Atikah Suhaime Tepis Tuduhan Buat Suntikan Ketika Hamil

Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime tampil menjawab dakwaan netizen yang menuduhnya melakukan rawatan wajah agar kelihatan runcing ketika hamil anak sulungnya, Lyla Mulan Teh.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Atikah, 34, menafikan dakwaan tersebut dan berkongsi bukti dagunya sememangnya semula jadi tanpa sebarang suntikan atau rawatan kecantikan.

“Dulu masa tengah hamil, ada yang tuduh saya cucuk dagu masa buat live TikTok Zaiton. Katanya walaupun badan berisi, tapi dagu tetap runcing,” katanya.

Menurutnya, bentuk dagunya yang runcing adalah asli sejak dahulu dan kini terbukti apabila anaknya, Mulan, turut mewarisi bentuk dagu yang sama.

“Ini buktinya. Mulan ikut saya. Dagu runcing tu memang natural,” tambahnya lagi.

Ini bukan kali pertama wajah Atikah menjadi sasaran sehingga timbul beberapa spekulasi netizen, terutamanya apabila mereka tertumpu kepada perubahan pada wajahnya ketika sedang hamil.

Namun, Atikah tetap tenang menghadapi segala tohmahan dengan penjelasan yang disertakan bukti.

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Aug 2019

Mak Terlelap, Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Macam mana anaknya boleh maut dan ada dalam kereta ya ?

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Featured Wed, 29 Sep 2021

Bermula Jumaat Ini Tiada Lagi Negeri Berada Dalam Fasa 1 PPN

Persetujuan kerajaan untuk membenarkan peralihan fasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini menyebabkan tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Keputusan itu sekaligus membenarkan kawasan Lembah Klang termasuk […]

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Anna Jobling lebih menghargai cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas.

Hiburan Fri, 24 Oct 2025

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan

Hiburan Sun, 4 Nov 2018
Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

error: Content is protected !!