Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin February 8, 2023 @ 3:59pm

[VIDEO] Babak Atas Katil Dalam ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ Curi Perhatian, Ramai Puji Lakonan Sophia AlBarakbah

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan mantap Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah yang menghiasi slot Akasia di TV3 menggantikan drama Kerana Cinta Itu Ada nampaknya menjadi perbualan dalam kalangan warganet.

Sejak mula ditayangkan pada 6 Februari lalu, drama kontroversi ini mencuri tumpuan penonton selepas konflik melibatkan rumah tangga pelakon dalam drama berkenaan.

Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai @arejar313 telah memuat naik beberapa babak dalam drama tersebut memaparkan Jasmine Suraya (Maira) menjerit selepas melihat adegan Aliff Aziz (Luth Mikail) dan Sofia AlBarakbah (Raisya Hannah) di atas katil.

Difahamkan, Hannah adalah usahawan kedai hiasan yang diberi tanggungjawab untuk membuat dekorasi majlis hari jadi sepupunya, Jasmine Suraya (Maira) yang turut dihadiri oleh Luth.

Bagaimanapun, tragedi buruk berlaku selepas Raisya dan Luth terlanjur sehinggakan pelbagai konflik lain timbul melibatkan Raisya, termasuklah hubungannya bersama Maira semakin goyah dan dia juga turut kehilangan Ayahnya akibat tragedi tersebut.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi ciapan di Twitter, rata-rata warganet memuji lakonan Sophia yang dianggap semakin bagus dan mampu memberikan emosi hanya dengan melihat raut wajah dan renungan matanya sahaja.

Malah, mereka juga tidak kisah dengan kontroversi yang berlaku sebelum ini kerana sebagai pelakon baru, lakonan Sophia harus dipuji kerana mampu memberikan ‘feel’ kepada penonton.

 

Drama bersiri gandingan mantap pelakon popular Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah dan Shah Iskandar ini  merupakan drama arahan Osman Ali bersama Yus Yusop.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Ariana Rose Is Back” – Penampilan Berhijab Fathia Latiff Raih Pujian

Penampilan pelakon, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Events Thu, 7 Mar 2019

CJ WOW SHOP正式进军中文市场!更多好康尽在ntv7

「天天精彩,天天WOW」CJ WOW SHOP正式进军中文市场!

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Thu, 29 May 2025
Featured Thu, 19 Oct 2023

Bekas Madu Miera Liyana Akhirnya Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak

Alhamdulillah. Boleh melepas rindu dengan anak-anak❤️

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!

error: Content is protected !!