Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 10:15am

Dedah Sebab Delete Akaun Instagram, Hafiz Suip Dah Malas Jadi Hipokrit – “Kecaman Agak Ketara Antara…”

Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan sebab dia memadam akaun Instagram miliknya.

Tidak lagi mempunyai akaun media sosial berkenaan, Hafiz bertindak sedemikian untuk menunjukkan solidariti terhadap saudara Islam di Palestin.

Sokongan terhadap Palestin

Penyanyi lagu Masih Jelas itu kini hanya memiliki akaun TikTok untuk berinteraksi dengan peminat dan penggemarnya.

“Saya padam terus akaun Instagram saya. Jika benar-benar mahu boikot, kena padamkan semua media sosial. Tapi saya fikir saya masih waras lagi.

@xtra_my Replying to @🌿…DORA..🌿 Bukti masih ramai yang menyokong dan merindui Hafiz Suip🥹🔥 Terbaiklah Hafiz!! 💯 #fyp #xtra #ajai #hafizsuip #kuakui #beritatiktok #sembangentertainment #konsertbyajaiandmegafriends ♬ original sound – XTRA

“Sekurang-kurangnya untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin, saya padamkan Instagram saya kerana ia menyokong Israel. TikTok berasal dari China, saya rasa mereka tidak menyokong Israel.

“Dulu saya bertanya, TikTok tu apa? Kena menari ke? Rupanya TikTok ini merupakan sesuatu yang besar, boleh berinteraksi menerusi sesi siaran langsung, boleh menjana pendapatan. Saya baru tahu, terima kasih kepada staf saya kerana banyak ajar mengenai TikTok,” katanya.

Beza kecaman di Instagram dan TikTok

Ketika ditanya mengenai perbezaan kecaman yang diterima di Instagram dan TikTok, pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu mempunyai jawapan tersendiri.

“Kecaman agak ketara, jika nak dibandingkan antara Instagram dan TikTok. Saya dah malas nak hipokrit depan orang. Kalau netizen boleh buat macam tu, kita pun boleh.

“Artis juga manusia, saya pun ada perasaan, saya pun geram dan saya pun netizen juga. Saya mahu menjadi diri sendiri. Memang saya akui, saya menjadi seorang artis, saya banyak hipokrit. Saya banyak bermuka-muka.

“Dulu ketika zaman tiada kecaman, semuanya okay sahaja. Zaman sekarang ini, semua tertumpu kepada telefon pintar, itu yang mereka rasakan mereka kuat, padahal mereka sama sahaja, makhluk macam kita.

@xtra_my Replying to @𝕤𝕙𝕒🐼 Vokal Hafiz Suip tak pernah mengecewakan.. padu 💯⚡️ Satu arena berikan standing ovation untuk persembahan Hafiz malamni tau🥹🤲🏻 #fyp #xtra #ajai #hafizsuip #kuakui #konsertbyajaiandmegafriends #beritatiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

“Apa yang menyebabkan mereka kuat apabila mereka bergabung beramai-ramai. Sudah tentu jika mereka beramai-ramai, kita yang satu ini kalah,” katanya lagi.

Hafiz ditemui XTRA usai Konsert By Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena, Bukit Bintang, malam tadi.

Menerima sorakan gemuruh ketika Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung, Hafiz menyampaikan lagu popularnya yang dicipta oleh Ajai, Ku Akui dan lagu hit nyanyian asal Datin Alyah, Tak Mungkin Kerana Sayang.

Selain Hafiz dan Ajai, konsert terbabit turut menampilkan persembahan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Illa Sabry.

@xtra_my Tiga tahun menyepi, Hafiz akhirnya mengubat rindu peminatnya di Konsert ByAjai & Mega Friends, menyanyikan lagu hits kegemaran ramai Ku Akui ❤️ #konsertbyajaiandmegafriends #konsertbyajai #ajai #hafizsuip #xtramy #xtra ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Sep 2023
Featured Thu, 25 May 2023
Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Featured Thu, 16 Apr 2026

Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

Pelakon Versatile, Rita Rudaini tampil memberikan respons susulan beberapa isu tular melibatkan rakan artis yang terpalit dalam hubungan toksik.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Mila Mohsin Komen Isu ‘Nepo Baby’, Dedah Jalani Uji Bakat Sebelum Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Events Tue, 15 Apr 2025
error: Content is protected !!