Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 15, 2025 @ 7:24pm

Kembang Karier Seni, Tunku Ines Tampil Single Kedua ‘Radar’ – “Lagu Ini Berkait Rapat Dengan Saya”

Mengukuhkan langkahnya  dalam industri muzik tempatan dengan pelancaran single kedua berjudul Radar, Tunku Ines mengaku lagu ini adalah taruhan besar buatnya.

Puteri kepada Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dan Yang Mulia Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Raden ini berkata, dia gembira dengan pelancaran lagu barunya ini

“Saya sangat berterima kasih atas kehadiran dan sokongan ramai, termasuk tokoh seni berpengalaman seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Che Puan Jeslina Hashim, dan pelakon senior, Eja,” ulasnya.

Menurut Tunku Ines atau nama penuhnya Tunku Ines Najihah Raden, beliau turut menerima nasihat berguna daripada Che Puan Sarimah Ibrahim mengenai persiapan untuk persembahan secara langsung.

“Saya pernah bertanya kepada Sarimah tentang pengalaman pertama beliau membuat persembahan ‘live’. Beliau kata ia satu pengalaman yang menakutkan, dan dia memberi saya beberapa tip berguna. Saya hargai sokongan itu,” katanya.

Tambahnya, minat terhadap nyanyian telah berputik sejak kecil dan pelancaran single ini adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Radar merupakan single kedua saya dan sangat istimewa kerana ia lebih mencerminkan diri saya sendiri. Lagu ini juga berkait rapat dengan pengalaman peribadi saya,” jelasnya.

Menampilkan genre pop rock , Radar turut dilancarkan bersama video muzik yang berkonsepkan Tunku Ines sebagai ratu lautan, lengkap dengan elemen radar marin kapal laut.

Video muzik tersebut dihasilkan oleh pasukan muda dari rumah produksi PT Lvcid Surya Kreatif di Jakarta, Indonesia, dengan penggambaran dilakukan di dua lokasi utama iaitu Jakarta dan Pantai Goa Langir Sawarna, Banten.

Bahkan, konsep dan idea asal datang daripada Tunku Ines sendiri.

Berkongsi mengenai proses penghasilan lagu Radar, beliau memuji kerjasama dengan pencipta lagu Shazriq Azeman, Omar K dan Iqie Hugh.

“Saya kongsi dengan mereka idea dan melodi yang saya inginkan. Saya sangat selesa bekerjasama dengan Omar K dan Iqie Hugh. Mereka berbakat besar dan sentiasa sudi berkongsi ilmu,” kongsinya..

Penuntut tahun akhir jurusan Sains Komputer di Universiti Nottingham ini turut mengambil kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar demi memperkukuhkan asas nyanyiannya.

Sebelum ini, Tunku Ines tampil dengan single pertama berjudul Andai ciptaan Edry Abdul Halim, yang diedarkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Menariknya, beliau turut merancang untuk merakamkan lagu ketiga dan keempat dalam masa terdekat sebagai kesinambungan perjalanan seninya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Isu Rumah Tangga, Tekanan Vokal Terbaik… Hafiz Suip Akui Konsentrasi Terganggu Menjelang AJL39

Hafiz Suip akui konsentrasi terganggu terpalit isu rumah tangga

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Featured Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Hiburan Mon, 10 Jun 2019
Featured Sun, 22 Mar 2020

Malaysia catat 4 kematian baharu akibat COVID-19

Dua daripadanya berkaitan jemaah tabligh

Featured Tue, 29 Mar 2022

Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

Jangan kecewa yang tak dapat. Anda mungkin boleh dapat apabila membuat rayuan

Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

error: Content is protected !!