Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 29, 2022 @ 3:18pm

Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

Semakan status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 telahpun boleh disemak mulai 28 Mac 2022. 

Bayaran BKM akan dikreditkan sebanyak RM100 sehingga RM300 mengikut kelayakan rakyat. 

Tujuan BKM Fasa 1 diberikan adalah untuk meringankan beban rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan. 

Meninjau di ruangan sosial media, terdapat segelintir wargamaya yang mengadu mendapat status tidak lulus BKM.

Permohonan Rayuan BKM adalah antara yang ditunggu oleh pemohon BKM yang telah memohon bantuan ini tetapi tidak mendapat kelulusan.

Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022. 

Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara permohonan rayuan BKM, semoga membantu. 

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan rayuan:

LANGKAH 1: Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my/

LANGKAH 2: Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN.

Antarannya ialah:

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
  2. Nama Penerima
  3. Fasa Pembayaran
  4. Jumlah dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. Nombor Akaun Bank

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Artikel berkaitan: BKM 2022: Bayaran Fasa 1 bermula 28 Mac Ini

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

‘Handal Macam Mana Pun, Tak Guna Kalau Tidak Beradab’- Anak Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Pesanan Terakhir

Pelakon Khir Rahman memaklumkan arwah bapanya, Datuk A Rahman Hassan merupakan seorang yang amat mementingkan adab. Sepanjang hayatnya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya agar terus menjadi insan yang kaya dengan budi bahasa.  “ Setiap masa […]

Featured Mon, 14 Jul 2025
Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

error: Content is protected !!