Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 13, 2019 @ 5:16pm

‘Handal Macam Mana Pun, Tak Guna Kalau Tidak Beradab’- Anak Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Pesanan Terakhir

Pelakon Khir Rahman memaklumkan arwah bapanya, Datuk A Rahman Hassan merupakan seorang yang amat mementingkan adab.

Sepanjang hayatnya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya agar terus menjadi insan yang kaya dengan budi bahasa.

 “ Setiap masa arwah akan kongsikan sesuatu yang baharu. Arwah orang budaya dan seorang yang sangat mementingkan budaya dan adab. Pesannya sebijak mana pun orang itu atau sehebat mana pun, tiada gunanya juga jika tidak menghormati orang lain.

“ Arwah juga tidak boleh mendengar bahasa yang ‘rosak’. Tatabahasa salah tak apa boleh betulkan tetapi kalau bercakap dalam bahasa bercampur-campur, pasti hancur hatinya,” kata anaknya, pelakon Khir Rahman mengenai sifat arwah ayahanda tersayang.

Tambah Khir ketika di Tanah Perkuburan Taman Keramat hari ini, arwah bapanya ada meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis hari lahir cucunya pada 13 Jun ini.

Menurut anaknya, Khir Rahman, bapanya meluahkan hasrat itu semasa meraikan Aidilfitri bersama anak dan cucu baru-baru ini.

“Tidak sangka perbualan itu adalah sebagai petanda dia ingin berjumpa kami semua buat kali terakhir di sini,” katanya.

Khir berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan malah ketika beraya dia makan seperti biasa dan begitu berselera.

“Keadaan semuanya sama sahaja seperti hari-hari biasa yang kami lalui. Tidak ada perubahan yang mencurigakan,” katanya.

Terdahulu, A Rahman meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendarahan di otak pada jam 12.40 malam tadi.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir, Fauziah Nawi, Salleh Yaakob dan ramai lagi.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Oct 2021

160,000 Kenderaan Sehari Dijangka Ke Pantai Timur

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal diberikan kepada rakyat setelah negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi. Justeru, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad  menjangkakan trafik lebuh raya […]

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Sun, 24 Nov 2019
Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Naki Terbang ke Indonesia Untuk Kolaborasi Istimewa Bersama Mitty Zasia Dalam ‘Lepas Pegangan’

Naki bekerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Mitty Zasia dalam single duet ‘Lepas Pegangan’.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

John Legend and Red Velvet’s Wendy Collaborate in New Song

They’re pushing out a new song together!

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

[VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Pernah diganggu secara fizikal, Harissa Adlynn dedah digoda pelakon senior bercucu

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
error: Content is protected !!