Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 17, 2019 @ 10:10am

Aliff Aziz Merayu Nak Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri?

Selepas pernah meluahkan isi hati mahu kembali kepada bekas isteri pada Mei lalu, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, sekali lagi melakukan luahan sama di laman sosial Instagram miliknya, awal pagi tadi.

Dalam status terbaru itu, Aliff menulis mengenai tarikh pernikahan dia dan Bella Astillah pada 9 September 2016.

“Salah satu hari paling magis dalam hidup saya di mana Allah merahmati saya dengan wanita paling hebat untuk saya berkongsi hidup.

“Dalam tahun-tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan kesedihan, turun dan naik, dia sentiasa bersama saya.

“Jika saya mampu memutar balik masa, ada banyak perkara saya akan ubah dan melakukan perbezaan,” tulisnya.

Katanya, dia akan memberi yang terbaik pernah diberikan tapi dia sedar inilah akibatnya kerana tidak mengambil endah masa dan rahmat Allah kurniakan.

“Apabila tiba masanya, barulah saya sedar apa yang sudah dilakukan dan sebagai manusia biasa, kita pasti akan kembali kepada Allah apabila dunia kita mula berkocak dan hilang segalanya.

“Tapi inilah ‘panggilan’ daripada Allah untuk saya sedar betapa jauhnya saya daripada jalan yang benar,” tulis Aliff lagi.

Dia turut menyifatkan Bella sudah memberi yang terbaik sejak kali pertama mereka bertemu.

Dia berkata bekas isterinya itu sentiasa berada di sisinya ketika dia berada dalam fasa paling atas dan bawah dalam hidup.

Aliff turut mendoakan semoga Allah merahmati bekas isteri kerana menyifatkan Bella sebagai istimewa.

“Terima kasih juga kerana melahirkan anak kita, Ayden Adrean sebagai tanda cinta kita.

“Saya perlu memperbaiki hubungan dengan Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang dan mampu mengubah hati kita. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi,” tulisnya.

Aliff juga menyedari status dimuat naiknya itu akan mendapat pelbagai reaksi tapi mendakwa kata-kata diluahkan itu datang dari hatinya.

Dia juga berdoa semoga Allah menyatukan mereka kembali dan menjadikan dia suami dan bapa terbaik selepas ini.

“Jodoh pertemuan di tangan Allah, walau apa pun orang cakap, hanya awak saja yang tahu siapa diri saya. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya,” tulisnya meminta masyarakat mendoakan yang baik-baik buatnya.

Aliff dan Bella disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas beberapa siri kecurangan penyanyi kelahiran Singapura itu menjadi bualan peminat.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Sat, 5 May 2018

Lee El was Once So Broke, She Could Only Afford a Cup of Tea

It was tough for her before acting in Goblin and Hwayugi.

Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Nabila Razali Padam Semua Gambar Di Instagram ?

Ingatkan Nabila Razali nak beat gambar telur yang cetuskan kontroversi baru-baru ni?

Featured Fri, 18 Mar 2022

Rakyat Malaysia Bangga Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Kedua Komunikasi di Makkah & Madinah

Ada yang kata peniaga di sana siap kenal selebriti Neelofa, Siti Nurhaliza dan tahu trademark ‘Malu Apa Bossku’ 😂

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Percayalah, Pelakon Drama Tak Cukup Dihargai” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim mendedahkan satu episod drama bersiri yang ditonton penonton sebenarnya mengambil kira-kira tiga hari untuk disiapkan.

error: Content is protected !!