Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 7, 2022 @ 6:29pm

Lutut Terkeluar, Afieq Shazwan Tidak Boleh Lincah Macam Dulu

Penyanyi Afieq Shazwan memberitahu dia kini tidak mampu melakukan aktiviti lasak seperti dulu selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri.

Memetik laporan mStar, Afieq atau nama sebenar Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, insiden malang tidak berbau itu terjadi sewaktu melakukan aktiviti sukan badminton.

“Masa mulanya saya ingatkan lutut saya ni tiada apa pun, ingat terkehel atau terseliuh tapi bila berjumpa doktor esoknya lutut saya mula membengkak. Kemudian bila bangun pagi nak pijak lantai rasa lutut tidak lagi macam dulu.

“Sebelum berjumpa doktor, ada satu masa tu saya kena naik ke bukit untuk aktiviti penggambaran, saya rasa lutut saya terkeluar dan macam bergerak ke kiri.

“Saya terkena kecederaan ini dua minggu lalu sewaktu bermain badminton bersama rakan artis yang lain,” katanya.

Menurutnya, kecederaan ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerjaya seninya sebagai pelakon dan penyanyi.

“Kalau dulu saya boleh aktif dan boleh melompat dan berlari sambil naik ke pentas tetapi sekarang tidak lagi.

“Baru-baru ini saya ada pergi ke Johor untuk persembahan, semasa nak naik tangga pentas saya pegang lutut sebab sakit tapi masih teruskan menyanyi.

Afieq juga membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana dia masih boleh mengawal aktiviti pergerakannya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Events Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Featured Tue, 16 Mar 2021
Featured Tue, 7 Feb 2023
error: Content is protected !!