Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 18, 2019 @ 11:30am

Lupa Dunia Lakonan, Apa Alasan Wani Kayrie?

Berlakon sudah, menyanyi dan berlawak pun sudah. Selebriti berusia 19 tahun ini walau bagaimanapun mengaku tidak berasa penat dengan segala percubaan yang dilakukan.

Bagi Wani Kayrie, dia tidak akan mengalah dan baginya setiap hari adalah proses pembelajaran.

“Sebelum bergelar penyanyi saya sudah berlakon. Cuma saya rasa jiwa lebih terarah kepada dunia nyanyian.

“Berlakon memerlukan masa dan komitmen yang sangat tinggi. Saya pula masih sibuk menghabiskan pembelajaran di MSU, Shah Alam. Jadi lebih baik saya fokus kepada dua hal iaitu nyanyian dan pelajaran sahaja buat masa ini,”katanya kepada Xtra.

Dalam masa sama, Wani yang baru sahaja tampil dengan single berjudul Magika memberitahu bulan Januari ini bakal menyaksikan jadualnya cukup padat.

“Saya akan menduduki peperiksaan semester akhir dalam masa sama juga perlu mempersiapkan diri untuk persembahan minggu pertama program Dansa & Sing yang jatuh pada hari sama.

“Nak kata penat, memang penat cuma ini pilihan yang saya buat sendiri. Jadi saya perlu all out untuk memastikan keduanya berjalan dengan lancar,” katanya yang merupakan bakal graduan jurusan Undang-Undang ini.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

PU Abu, Do you Think Marriage is a Joke?

Did we see this coming or did we see this coming? *sigh* literally have no words…

Hiburan Tue, 15 Aug 2023

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya. Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan […]

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bukti Rumah Tangga Masih Utuh, Risteena Kongsi Perbualan Manja Bersama Suami… Saling Luah Rasa Rindu

Risteena kongsi perbualan mesra bersama suami, bukti rumah tangga masih utuh

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

error: Content is protected !!