Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2022 @ 4:40pm

Didakwa Bertunang, Syamsul Yusof Dedah Status Terkini Dengan Ira Kaza

Kontroversi melibatkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof nampaknya masih belum berakhir.

Selepas kecoh mengenai pertunangannya bersama pelakon, Ira Kaza pada Selasa, Syamsul akhirnya bersuara mengenai isu tersebut.

Memetik laporan Harian Metro menerusi mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp, Syamsul bagaimanapun menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

“Haha… Ngaruik (Mengarut),” katanya.

Sebelum itu, tular satu tangkap layar yang dimuat naik oleh Puteri Sarah Liyana menerusi Instagram Story miliknya yang mengatakan Syamsul kini telahpun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang, Syamsul!” tulisnya.

Terbaharu, seakan sedar dirinya kini sedang hangat diperkatakan, Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi bagaimanapun memaklumkan dirinya masih ‘single’.

Perkara itu dimaklumkan Ira menerusi muat naik di Instagram Story miliknya.

“By the way, saya masih single okay,” katanya ringkas.

Ketika berkongsi mengenai kenyataannya itu, Ira dilihat baru sahaja selesai menonton filem bergenre Thriller berjudul,  The Black Phone.

Pada Mei lalu, kontroversi melibatkan rumah tangga selebriti ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila ada yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau ini telahpun berkahwin secara senyap-senyap.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Pakai 2 Lawyer Lah… Ke Pakai 10 Lawyer Macam Siti Bainun?” – Puteri Sarah Upah Peguam ‘Settle’ Kes Wanita Kaki Sondol

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ini Respons Kazar Saisi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Jun 2019
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022

“Seronok Duduk Makkah Rasa Tak Nak Balik KL” – Maria Tunku Sabri Tunai Umrah

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suami, Ahmed Nazri Abd Malik dan anak, Aleeya Nazneen untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi hantaran di Instagram, Maria menzahirkan rasa syukur kerana selesai […]

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sibuk Jual Kek, Nadiyah Shahab Tangguh Bulan Madu

Hebat penangan kek Absolut Chocolat pasangan selebriti ini!

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

‘Saya Pantas Orangnya…’-Delilah Kadir Tolak Muzik Jiwang

Jarang sekali kita dengar wanita gemarkan muzik begini. Jom support single Anti Cinta nyanyian Delilah di Hot FM & Kool FM!

Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Selatan Thailand perlu segera daftar pernikahan di Malaysia.

error: Content is protected !!