Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 30, 2024 @ 3:41pm

Jenama Aiskrim Terkenal Nafi Ambil Ruhainies Sebagai Duta

Masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi yang melanda aktres sensasi, Ruhainies yang menganggu rumah tangga aktres Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Terbaharu, nama Ruhainies terus menjadi bualan hangat warga maya apabila dia membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Ruhainies berkongsi dia membeli aiskrim di sebuah premis jenama aiskrim terkenal.

Ruhainies turut menulis kapsyen dia menyukai aiskrim coklat tersebut dengan kata singkatan S A U yang tidak diketahui maksudnya.

Ruhainies

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah gara-gara muat naik tersebut, ada netizen yang menganggap jenama tersebut melantik Ruhainies sebagai duta bagi jenama aiskrim itu.

Lebih parah, netizen juga turut menyerang akaun Instagram jenama aiskrim tersebut.

Tidak berdiam diri, jenama aiskrim tampil memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang timbul itu.

“Kami ingin menjelaskan bahawa pihak kami kekal dengan tidak melantik mana-mana selebriti tempatan.

“Kami terus memberikan komitmen dengan menyajikan produk keluaran kami terumatanya kepada pelanggan,” tulis jenama tersebut.

Ternyata penjelasan tersebut sedikit sebanyak mampu menjelaskan kekeliruan yang timbul dikalangan warga maya.

Ruhainies

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Didakwa Ex Scandal Dedah Aliff Aziz Selalu Ajak Dating Dekat Pusat Membeli-belah ‘Sendu’?

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mohon Maaf, Ruhainies Kembali Guna ‘Short Form’, Tulis ‘NRF LUSM’ Di Profil IG Didakwa Sengaja Cipta Provokasi?

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Buat Kenyataan ‘Fake’, Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies – “Selama Ni Aku Diam Je Tau! Tapi Bila Nampak Si Manipulator Ni Buat Interview…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Dah Kutuk Aku, Mengata, Mencaci Sebab Nak Save P*nt** Kau Sendiri”- Sarah Yasmine Gelar Ruhainies Delusional, Masih Aktif Hantar DM Ajak Bersemuka

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

Featured Sun, 3 Oct 2021

Pembayaran BKK Sehingga RM 1,000 Bermula Oktober Ini, Cara Semak Kelayakan & Permohonan

Umum maklum, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna. Bagi mereka yang ingin menyemak syarat kelayakan, […]

Featured Sat, 14 May 2022
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Ain Edruce Akui Buta Soal Kewangan Sebelum Kahwin, Suami Jadi ‘Guru’ Pelaburan

Ain Edruce mengakui dirinya kini lebih peka mengenai pengurusan kewangan selepas banyak dibimbing suaminya dalam soal simpanan dan pelaburan.

Hiburan Wed, 27 Sep 2023

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Min luvvvv! Lagu IGAU ni tonjolkan lagi vokal Vanessa 🫰🏻

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

error: Content is protected !!