Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 8, 2026 @ 1:08am

Pergi Di Usia 47… Along Eyzendy Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Pelakon, Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor pada jam 12:16 pagi tadi selepas tiga hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memetik laporan mstar, isteri Allahyarham Along, Hamidah Mohd Yatim mengesahkan pelakon berusia 47 tahun itu menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga.

Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Hamidah turut menjelaskan keputusan imbasan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu suaminya, sekali gus menjadi punca kepada komplikasi yang dialami.

Keadaan Along menjadi semakin kritikal sehingga terpaksa ditidurkan, selain organ dalamannya sudah tidak kuat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

Siapa punya kerja agaknya ni eh edit-edit gambar mengarut?

Trending Tue, 25 Dec 2018

Jual Buah Pinggang Demi Beli iPhone, Lelaki Ini Menderita Lumpuh Seumur Hidup

di China memang ada kes dimana seorang remaja lelaki sanggup berbuat demikian demi memiliki telefon bimbit yang dimpikannya

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Tak Mahu Bergantung Pada Lakonan Semata-Mata, Lan Siro Cuba Jadi Hos Sukan Bola Jaring

Perubahan landskap industri hiburan ketika ini menuntut penggiat seni untuk lebih fleksibel dalam mencari rezeki dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

‘Sertai Program Realiti Bukan Cari Glamor Tapi…’ – Waris

Sebelum ini ada juga netizen yang kecam dan menuduh Waris membuat aktiviti amal untuk popular

error: Content is protected !!