Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 25, 2025 @ 12:09pm

“Killer Song Penting, Ia Adalah Aset Sebagai Seorang Penyanyi” – Amir Masdi Syukur Lagu Nurcinta Dapat Sambutan 

Penyanyi, Amir Masdi tidak menafikan seorang penyanyi penting untuk mempunyai ‘killer song’ atau lagu hit yang dianggap sebagai satu aset.

Ketika ditemui XTRA, Amir atau nama lengkapnya, Amir Syazwan Masdi, 29, berpendapat bahawa lagu hit adalah penting terutamanya jika mahu bertahan dalam industri.

“Pada saya, killer song adalah antara aset yang seorang penyanyi perlu ada. Sama macam kita dalam kehidupan biasa kalau tak ada aset susah untuk kita nak survive. Begitu juga dengan penyanyi, aset kita adalah suara dan lagu.

“Jadi kalau ada lagu killer song atau lagu hit, Alhamdulillah kita akan dapat lebih pengiktirafan dan lebih show orang akan panggil sebab lagu tersebut.

“Tetapi kalau tiada lagu hit pun tidak mengapa. Bagi saya kita kena keep on berkarya, insya-Allah suatu hari dalam 1,000 karya mesti akan ada satu yang melekat di hati peminat. Jangan patah semangat, kena kuat,” katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui di sesi latihan program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang akan berduet bersama Jimi menerusi lagu Nur Nilam Sari (Datuk Awie & Search) pada Khamis.

Sementara itu, Amir turut meluahkan rasa syukur apabila lagu berjudul Nurcinta akhirnya menjadi ‘killer song’ setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Alhamdulillah, over the years kita sebagai penyanyi bila keluarkan lagu tu memang mengharapkan lagu itu menjadi ‘killer song’ ataupun menjadi hit dan sampai ke ramai orang.

“Dan saya tengok lagu Nurcinta ini dengan statistik yang ada, saya boleh katakan Alhamdulillah lagu itu mendapat sambutan yang baik untuk katalog lagu saya.

“Perjalanan ini  perlu diteruskan bukan untuk Nurcinta sahaja tetapi saya mengharapkan dan target bekerja keras untuk lebih besar lagi,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi senior Man Bhai menyatakan pendapat peribadinya berhubung penyanyi. Aina Abdul yang dikatakan tidak mempunyai killer song, meskipun mempunyai bakat luar biasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Hiburan Sat, 16 Dec 2017

Baju Macam Kena Belit Ular Sawa Ella DiKritik

Ella Dikritik Baju Macam Kena Belit Ular Sawa yang dikatakan tidak kena dengan imej rock penyanyi itu.

Trending Thu, 18 Jul 2019

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Korang rasa hadiah apa yang korang dah bagi kat ibu bapa korang? Hurmmm.

Trending Wed, 19 Dec 2018

「书写励志便利贴」18岁英国少女救了8条命

英国北部桑德兰市有一座威尔摩斯桥,常常有许多对生活绝望的人选择在此轻生,一位18岁的少女,有感于生命的可贵,在桥上写下许多「励志便利贴」顺利拯救了8条性命。

Trending Sat, 18 May 2024
Featured Wed, 4 Dec 2024

Pecah Amanah, Vivy Yusof & Suami Didakwa Seleweng Dana RM43.9 Juta

Vivy dan Fadza didakwa berhubung kes seleweng dana PNB berjumlah RM43.9 juta.

Featured Thu, 17 Mar 2022

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Kelu lidah Min untuk berkata-kata.. 😣😞 Timbul lagi kes penderaan bayi dan kanak-kanak..

Featured Sat, 1 Oct 2022

Titip Nasihat Untuk Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman Minta Jangan Jadi Tumpuan – “Kalau Dah Confirm, Baru Tunjuk”

Ada betul apa Azhar nasihatkan tu… Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak 😚

error: Content is protected !!