Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 15, 2021 @ 5:54pm

“Saya Harap Mereka Ada Bersama Saya…” – Ernie Zakri Tak Sangka Menang Vokal Terbaik, Perjelas Punca Nangis Atas Stage

Akhirnya, kekalahan dan kekecewaan peminat beliau pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) lalu ditebus semula apabila kali ini penyanyi bersuara lantang dengan vokal terbaik, Ernie Zakri dijulang sebagai pemenang Vokal Terbaik pada AJL35 malam tadi.

 

Tidak menyangka akan meraih anugerah Vokal Terbaik, Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, menjelaskan beliau sebenarnya kurang sihat dan takut tidak dapat membuat persembahan dengan baik pada kali ini.

 

“Sejujurnya, saya memang tidak predict untuk menang apa-apa. Cuma saya doa saya dapat buat yang terbaik dalam AJL35 kali ini dan nak semua orang rasa apa yang saya cuba sampaikan dalam lagu Gundah ini”

 

 

Namun, beliau berharap kemenangan ini adalah hadiah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan walaupun pelbagai dugaan berlaku sepanjang tahun  termasuklah negara berdepan dengan krisis Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Punca nangis atas stage…

Ditanya mengenai punca beliau menitiskan air mata, Ernie mengakui beliau membayangkan atuk dan nenek beliau kerana secara tidak langsung ini adalah doa daripada mereka.

“Saya sedikit dissapointed, ingat nak tahan tapi saya tak boleh control. Lagipun Gundah ni personal dan ianya menceritakan tentang kisah cinta arwah atuk dan nenek”

 

Justeru itu,  beliau menangis  kerana merasakan doa dari insan tersayang inilah yang dibawa ke pentas AJL35 sehingga membuatkan beliau sebak dan mengalirkan mata.

 

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk mengeluarkan lagu-lagu yang bersifat peribadi, Ernie bagaimanapun tidak terbuka untuk berkongsi dan memberi apa-apa rasa kepada orang ramai.

 

Namun, bila hadirnya Gundah dan sokongan daripada rakan-rakan terdekat, beliau tidak menolak jika selepas ini akan hadirnya lagu-lagu bersifat peribadi daripada Ernie Zakri sendiri.

“Saya sebenarnya malu, namun bila adanya Gundah, saya lebih terbuka dan sokongan rakan-rakan seperti Aina Abdul membuatkan saya lebih mahu mencari goal saya”

 

Terdahulu, Ernie Zakri berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi setelah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Gundah ciptaan komposer, Sharon Paul dan beliau sendiri.

 

Jom recap persembahan Ernie  Zakri pada malam AJL35.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 May 2018

10张人类灭绝后的照片「没有人类地球会更好」

和所有物种一样,人类也会遭遇灭绝危机,比如地球人口过剩,资源缺乏。在许多电影如《2012》、《后天》都揭示了地球未来可能遭遇的灭绝危机,那么当人类灭绝后地球会怎么样?

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Mon, 3 Mar 2025
Trending Mon, 6 Apr 2020

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam memerangi Covid-19

Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!