Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 14, 2022 @ 9:00pm

Peguam Pemerhati Kesan Perkara ‘Kurang Harmoni’ Dalam Kes Perbicaraan #JusticeForBella – Kelibat Berdiri Tiap Malam Bukan Hantu, Tapi…

Selepas perbicaraan kes Bella bersambung semula pada Isnin, saksi pendakwaan kelapan memaklumkan kepada Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bahawa kelibat yang berdiri setiap malam berhampiran peti sejuk adalah Bella.

Itu kata, Suhana Zam, 40, ketika disoal balas peguam Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihat pada tengah malam ketika dia berada di rumah Siti Bainun Ahd. Razali semasa membuat kerja di kondominium tersebut.

Tambahnya lagi, semasa ditanya peguam sama ada dirinya berasa takut atau tidak melihat tubuh berdiri dihadapan peti sejuk dengan keadaan tidak bergerak, dia memaklumkan tidak takut.

Kemudian, semasa ditanya peguam sama ada saksi tersebut tidak takut melihat tubuh berdiri di hadapan peti sejuk dan tidak bergerak di rumah kondo tersebut pada waktu tengah malam, saksi itu menjawab tidak takut dan bersetuju itu adalah Bella.

Tegasnya lagi, dia tidak pasti sekiranya penghuni di rumah Siti Bainun memang suka bermain sembunyi-sembunyi.

Malah, sebelum ini juga dia pernah mendengar Siti Bainun menjerit menyoal individu di dalam rumah siapa yang memberi air kepada Bella.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lebam Sebesar Tapak Tangan Dari…” – Rakan Siti Bainun Bongkar Bentuk ‘Penderaan’: Tetamu Disajikan King Crab, Bella Dipaksa Makan Nasi Penuh Cili Padi!

ARTIKEL BERKAITAN:Betty Banafe & Penggiat Seni Serah 5 Memorandum #JusticeForBella Pada TMJ & Che Puan Khaleeda

Sementara itu, peguam pemerhati bagi kes perbicaraan tersebut juga difahamkan mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang ‘tidak harmoni’ dalam kes ini.

Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah ketidakhadiran kali kedua Bella bagi sesi pengecaman di Mahkamah Sesyen pada Isnin.

“Kami baru dimaklumkan Bella tidak sihat hari ini menyebabkan berlaku rasa curiga sedangkan remaja terbabit sihat dalam sesi pertemuan di pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baru-baru ini.

“Jika benar Bella tidak sihat, mungkin pihak pendakwaan boleh maklumkan lebih awal kepada pasukan pemerhati dan peguam bela,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Saksi Dedah Nampak Bella Baring Di Lantai Tanpa Alas, Jelas Kesan Lecur Pada Leher.. Ini Update Terbaru #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:Rina Harun Mohon Orang Ramai Jangan Sebar Maklumat Palsu Berkaitan #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Saksi Tukar Kenyataan Atau Putar Belit Fakta? Mengaku Kecederaan Lecur Berpunca Dari Tumpahan Air Termos Bukan Dari Penapis Air

Justeru itu, pasukan Peguam Pemerhati  akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk pihak pendakwaan memberikan penjelasan lanjut.

Sebelum ini, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi terhadap Bella.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, perbicaraan di hadapan Hakim Izalizam Sanusi akan bersambung pada Khamis ini.

 

Sumber: Kosmo, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19

Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]

Featured Fri, 21 Mar 2025

Hilang Beg Berjenama Mewah, Zarina Anjoulie Sedia Tawar Ganjaran Bernilai RM2,500

Zarina Anjoulie memaklumkan, dia telah kehilangan sebuah beg tangan berjenama mewah antarabangsa, Prada, pada pagi Jumaat.

Hiburan Wed, 17 Dec 2025

Di Sebalik Tabir Karya ‘Rumah Menanti Cahaya’, Keajaiban Studio Hidupkan Set Rumah & Hospital

Rumah Menanti Cahaya tampil meyakinkan dengan visual realistik, meskipun hampir keseluruhan babaknya dirakam di dalam studio.

error: Content is protected !!