Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 13, 2025 @ 10:12am

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil mempertahankan dirinya selepas dikecam netizen gara-gara kenyataannya menyebut istilah ‘perempuan gila’ dalam sebuah temu bual bersama aktor Fattah Amin, baru-baru ini.

Netizen mendakwa istilah itu ditujukan kepada aktres Fazura, bekas isteri Fattah, sekali gus mencetus spekulasi liar hingga mengundang kecaman bertubi-tubi di media sosial.

Namun menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, tiada sekelumit niat untuk menyindir sesiapa, apatah lagi melabel Fazura dengan panggilan sedemikian.

“Kalau nak serang pun, jangan sampai membabi buta. Jangan sebab tak suka saya, terus buat cerita tak wujud.

“Kalian kata saya cakap Fazura perempuan gila? Yang gila tu saya! Saya akui saya memang gila,” katanya.

Janna berkata demikian dalam satu video penjelasan dimuat naik di platform TikTok.

Mengulas lebih lanjut, aktres filem Jemputan Ke Neraka itu menjelaskan, soalan yang ditanya hanyalah untuk mendapatkan pandangan jujur seorang lelaki selepas bercerai.

“Saya tanya ikut situasi. Untuk yang tuduh saya hina wanita bercerai, hello, saya pun datang dari keluarga berantakan.

“Ibu saya sendiri seorang wanita yang diceraikan. Saya faham sangat perasaan perempuan yang ditinggalkan atau terpaksa meninggalkan. Saya tidak akan, malah mustahil menghina seorang wanita dan ibu,” katanya.

Isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu tidak menafikan istilah ‘perempuan gila’ kedengaran kasar, namun ia digunakan bagi menimbulkan perbincangan jujur dari sudut pandang lelaki.

“Saya rasa ada lelaki yang lepas tangan selepas bercerai. Saya tanya, adakah mereka rasa bebas? Bebas dari tanggungjawab, anak, isteri?

“Bebas dari wanita yang mereka anggap ‘menyemak’ hidup mereka? Itu sebab saya guna istilah perempuan gila. Saya nak tahu dari kaca mata lelaki, adakah mereka anggap bekas isteri itu gila?,” jelasnya.

Menyedari ada pihak yang mungkin tersinggung dengan soalan tersebut, Janna mengambil pendekatan untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya tahu cara saya mungkin kasar untuk sesetengah orang. Tapi itu kerja saya sebagai hos. Ada banyak soalan berhemah yang saya tanya, tapi tak pula diviralkan. Apa pun, saya minta maaf kalau sesiapa terasa,” tuturnya.

@jannanickofficial

Replying to @fiq kalau tak boleh berak jangan salahkan I ok.

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Naik Hantu’ Dengar Perkataan ‘Perempuan Gila’, Soalan Berani Mati Janna Nick Kepada Fattah Amin Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Tepis Tuduhan Tak Bayar Gaji Kru, Penerbit Filem Saman Pengarah RM1 Juta

Tuduhan tidak membayar gaji kru sehingga filem disekat daripada tayangan adalah tidak benar

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Drama Bersiri ‘Anak-Anak Mafia’ Tampil Kisah Dendam & Jenayah, Saksikan Secara Eksklusif di Tonton Bermula 12 Jun!

Anak-Anak Mafia menemui penonton secara eksklusif di platform penstriman Tonton!

Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Alamak, Ada Adegan Lentok Sikit… Aksi Ella & Vokalis Radja Jadi Bahan Kecaman Warganet

Tak baik tau netizen cakap macam tu! Ella terlalu feel tu🔥🔥🔥

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

那英暌违17年再度来马开唱!明年216「攻」上云顶飙唱

天后驾到!暌违17年,华语乐坛天后那英明年2月16日将来大马举办《那英那世界巡回演唱会》!届时那英会飙唱多首属于她的经典歌曲,与大马粉丝度过一个难忘的情人节。

Featured Sat, 15 Jun 2024
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Issey Belum Bersedia Cari Jodoh?

Semoga Issey berjumpa jodoh yang sesuai lepasni okay. No stress Sey!

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
error: Content is protected !!