Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:39am

Tepis Tuduhan Tak Bayar Gaji Kru, Penerbit Filem Saman Pengarah RM1 Juta

Penerbit filem Misteri Fraser 1910, Millionaire Films Production Sdn. Bhd., menerusi firma guaman Tetuan Ras & Co, menuntut pengarah filem, Shuhaimi Zulkefli, untuk membuat permohonan maaf atas dakwaan fitnah yang disebarkan olehnya.

Menurut kenyataan rasmi, penerbit Kapten Bers. (PA) Amai Kamarudin dan Elani Aidid menegaskan tuduhan syarikat mereka tidak membayar gaji kru sehingga menyebabkan filem tersebut disekat daripada tayangan adalah tidak benar dan telah mencemarkan reputasi mereka.

“Kami menuntut Shuhaimi menarik balik kenyataan secara terbuka serta mengemukakan permohonan maaf bertulis dalam format yang dipersetujui oleh kami. Permohonan maaf itu juga perlu disiarkan di platform media sosial yang sama, selain memadam hantaran asal serta komen berkaitan yang merujuk kepada kami.

“Selain itu, kami menghendaki Shuhaimi memberikan akuan bertulis untuk tidak mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah serta menanggung kos guaman dan ganti rugi yang telah kami alami,” ujar mereka.

Difahamkan, pada atau sekitar 23 Mac 2025, Shuhaimi telah berkongsi pautan artikel bertajuk ‘Produksi culas bayar gaji kru dan pelakon, filem disekat tayangan’ di akaun media sosialnya.

Dalam ruangan komen, seorang individu bernama Amir Muhammad bertanya, “Alamak, filem Fraser tu?”, dan Shuhaimi membalas, “Amir Muhammad ye bang”, yang secara tidak langsung mengaitkan filem mereka dengan dakwaan tersebut.

Penerbit filem memberi amaran jika Shuhaimi gagal memberikan maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas surat tuntutan dihantar, mereka akan mengambil tindakan undang-undang tanpa sebarang notis lanjut.

“Kami akan menuntut sekurang-kurangnya RM1 juta di Mahkamah Tinggi, mengambil kira kos penghasilan filem, pasca produksi, pengedaran, dan pemasaran yang telah terjejas akibat kenyataan ini.

“Sebagai makluman, menerusi surat rasmi Skim Wajib Tayang FINAS, filem Misteri Fraser 1910 yang mengangkat kisah sejarah fiksyen berdasarkan kehilangan peneroka Fraser Hill telah dijadualkan tayangannya di pawagam pada 26 Jun 2025,” jelas pihak penerbit.

Tuduhan Shuhaimi yang mengatakan filem ini disekat tayangan kerana produksi gagal membayar gaji kru dan pelakon disifatkan sebagai tidak berasas.

“Tindakan ini bukan semata-mata untuk menuntut pampasan kewangan tetapi lebih kepada membersihkan imej dan maruah produksi yang tercemar akibat fitnah ini. Kami percaya bahawa hanya dengan tindakan undang-undang, reputasi kami dapat dipulihkan,” tambah mereka.

Difahamkan, ini merupakan filem pertama Shuhaimi sebagai pengarah melalui produksi yang menerima dana kandungan kreatif (FAME) First Time Amateur Filmmaker, dibiayai oleh FINAS pada Oktober 2023, dan projek itu telah selesai pada Februari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Dec 2020
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Pergerakan Terbatas, Zamani Slam Kurangkan Aktiviti Seni – “Rasa Ketat & Ada Benda Terkeluar Dibahagian Belakang”

Didoakan semoga abang Zamani cepat sembuh 🤲🏻 Peminat tak sabar nak tengok abang perform kat konsert tu tau!

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Buka Cerita Zaman Sekolah, Ayda Jebat Dedah Pernah Diganggu Kakak Senior – “Dia Siap Warning Jangan Layan Orang Lain…”

Ayda berkata peristiwa diganggu lesbian itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental.

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Viral Kerana Sering Tiru Suara Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan & Nabila Razali, Kini Amsyar Leee Muncul Dengan Single Sendiri

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri […]

Events Sat, 1 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Ayyad Aisyah Kisah Dua-Beradik Yang Penuh Suka Duka

Ceriakan hari anda dengan drama-drama menarik hanya di TV3!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!