Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 18, 2023 @ 9:10am

Pergerakan Terbatas, Zamani Slam Kurangkan Aktiviti Seni – “Rasa Ketat & Ada Benda Terkeluar Dibahagian Belakang”

Vokalis Slam, Zamani Ibrahim memberitahu dia perlu mengehadkan serta mengawal pergerakan gara-gara berasa sakit.

Ia ekoran keadaan tulang belakangnya yang melengkung kesan daripada penyakit skoliosis.

Bagaimanapun, Zamani telah menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada 7 November tahun lalu.

Malah, dia menarik nafas lega serta bersyukur apabila doktor memaklumkan keadaannya kini stabil.

Pun begitu, menurut Harian Metro, Zamani perlu mengambil tindakan berjaga-jaga dan tidak boleh terlalu aktif kerana dia sudah mula berasa sakit pada bahagian tubuh badannya.

“Bila saya padat bekerja terasa sakit juga, rasa ketat dan rasa ada benda terkeluar di bahagian belakang. Saya akan jumpa doktor untuk pemeriksaan pada 21 Disember ini.

“Sebelum ini tak jumpa doktor. Saya telefon doktor beritahu benda ini dan akan pergi selepas menjayakan persembahan di Pesta Pulau Pinang.

“Saya tak pasti masalah ini besar atau kecil dan itu sebabnya saya nak kena jumpa doktor untuk tengok sama ada antara tempat ikat benang ataupun benda lain,” katanya.

Dedah pelantun lagu Gerimis Mengundang itu, dia tidak mempunyai masa terluang untuk membuat pemeriksaan di pusat perubatan kerana sibuk memenuhi undangan nyanyian.

Bimbang keadaan kesihatan makin melarat, Zamani mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

“Saya beli basikal untuk buat senaman sendiri di rumah. Berjumpa doktor itu tidaklah. Salah seorang peminat saya yang ada masalah sakit belakang dan dah buat pembedahan, tapi sekarang kena buat semula.

“Bila isu itu timbul, saya mula rasa takut kerana tak buat fisioterapi. Jadi selepas ini saya akan mula jumpa doktor. Sebenarnya sekarang pun saya dah mula kurangkan aktiviti seni.

Menurutnya, dia sudah mula menolak beberapa jemputan nyanyian atas faktor kesihatan.

Malah, dia juga ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada persiapan Concert UK’Slam Musical yang bakal menemui peminat pada 3 Februari tahun depan.

“Banyak juga tawaran datang tapi saya tak ambil semua. Pertamanya sebab kesihatan dan keduanya sebab Slam dah aktif semula. Saya rasa tanggungjawab saya untuk seimbangkan.

“Takut nanti masa konsert orang tak nak datang. Jadi kena terima hakikat itu. Bila dah buat banyak show, orang takkan nak datang tengok konsert,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Mon, 25 Aug 2025

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Abby dilihat seolah-olah bersetuju dengan pendapat warganet.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Biar Allah Yang Membalasnya – Izreen Azminda

Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Hiburan Mon, 20 Apr 2026

Persembahan ‘Sejiwa’ Idea A Aida, Azeva Natassha Sebak Kongsi Pentas Dengan Ameng Spring – “Rasa Sayu, Saya Impikan Sejak Sekian Lama”

“Bila papa Ameng muncul di pentas, saya jadi sebak sebab ini memang sesuatu yang saya impikan sejak lama.” – Azeva Natassha.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Halah, Hala, Halah! korang tak reti-reti lagi standby kat depan TV, setiap hari jam 7 malam?

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

error: Content is protected !!