Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 20, 2026 @ 11:24pm

Persembahan ‘Sejiwa’ Idea A Aida, Azeva Natassha Sebak Kongsi Pentas Dengan Ameng Spring – “Rasa Sayu, Saya Impikan Sejak Sekian Lama”

“Ini kali pertama saya dapat buat persembahan dengan papa. Rasa macam tak percaya pun ada.”

Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon baharu, Azeva Natassha yang sebak apabila pertama kali berkongsi pentas dengan bapanya, Ameng Spring.

Momen istimewa itu dirancang rapi oleh ibunya, penerbit terkenal Datuk A Aida yang mahu merealisasikan impian lama anaknya untuk beraksi bersama figura penting dalam hidupnya itu.

Azeva mengakui perasaan bercampur-baur antara gembira dan sebak ketika akhirnya dapat membuat persembahan bersama bapanya di hadapan penonton di pentas Talk To My Manager 2.

“Bila dia muncul di pentas, saya jadi sebak sebab ini memang sesuatu yang saya impikan sejak lama.

“Kami memang dah rancang sebelum ini dan syukur ayah sudi terlibat. Kami sempat buat beberapa sesi latihan bersama dan semuanya berjalan dengan baik.

“Bila dapat berdiri atas pentas sebagai satu keluarga, memang rasa sangat tersentuh,” jelasnya.

Azeva yang membawakan lagu Sejiwa nyanyian kumpulan Spring turut menyifatkan kehadiran bapanya sebagai sesuatu yang sangat bermakna, memandangkan lagu itu sudah sebati dengan dirinya sejak kecil.

Sementara itu, A Aida berkongsi idea menggabungkan anak dan bekas suami di pentas tercetus secara spontan ketika merancang persembahan minggu pengenalan.

“Saya terus terbayang Azeva dengan gitar, tambah pula dia anak kepada Ameng. Dari situ saya minta dia sendiri hubungi ayahnya. Sebagai ayah, sudah tentu dia akan bantu,” katanya.

Tambahnya lagi, anak sulung mereka, Wan Az Aleesa, memainkan peranan penting sebagai orang tengah kerana hubungan yang rapat dengan bapanya.

“Saya minta kakaknya bantu hubungkan mereka dan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, akhirnya impian itu jadi kenyataan,” ujarnya.

A Aida juga menegaskan hubungan antara dia dan Ameng kekal baik demi anak-anak mereka.

“Kami tiada sebarang isu. Dia tetap bapa kepada anak-anak saya dan satu hari nanti akan menjadi wali mereka. Jadi, hubungan itu memang dijaga dengan baik,” katanya.

Malah, kemunculan bersama di pentas itu disifatkan sebagai detik pertama mereka sekeluarga berkumpul dalam suasana sebegitu sejak berpisah.

“Ini kali pertama kami berada di pentas bersama selepas berpisah. Saya anggap ia juga hadiah hari jadi paling bermakna untuk saya. Apa pun, Adik sudah buat saya bangga,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ameng dan A Aida pernah mendirikan rumah tangga pada 1993 sebelum berpisah pada 2004. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Azeva dan Aleesa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Mar 2021

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Berita gembira buat semua sempena ramadan ini! Alhamdulillah.

Trending Tue, 24 Aug 2021

[VIDEO] Respect! Artis Ini Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Cara Yang Kreatif!

Hari Kebangsaan negara kita bakal menjelang tak lama lagi dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak sabar. Sedar tak sedar, sudah 64 tahun kita menyambut hari yang bersejarah ini. Meskipun kita masih dalam musim pandemik, […]

Featured Tue, 7 Sep 2021

Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana

Desas-desus mengenai kehamilan aktres Intan Ladyana, 39, bertiup kencang dalam kalangan peminat industri hiburan baru-baru ini. Nampaknya persoalan itu terjawab selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu […]

Replicated Draft Fri, 7 Jul 2023

Neelofa Dan PU Riz Pilih Kerjasama dengan Fellera Skin

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly […]

Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

error: Content is protected !!