Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 15, 2024 @ 2:49pm

Riena Diana Sedang Bahagia, Nafi ‘Sailang’ Keith Foo Daripada Tiz Zaqyah

Pelakon, Riena Diana mengakui bahagia bersama Keith Foo biarpun perkenalan mereka untuk mengenal hati budi masing-masing sangat singkat.

Hubungan mereka berdua berputik selepas terbabit dalam penggambaran drama bersiri Salju Rindu yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3.

“Actually kami tak jangka pun perkara ini terjadi. Kalau ikutkan sebelum ini saya nak fokus kepada kerjaya dan saya pun rasa terlalu cepat untuk perkara ini.

“Tiba-tiba mengenali Keith Foo. Dia seorang yang sangat baik, caring dan gentleman. Saya bersyukur lah walaupun perkenalan kami sangat singkat tetapi saya tetap rasa bahagia,” kata Riena.

Tambahnya lagi, banyak persamaan yang wujud antara dia dan Keith yang menyebabkan mereka berdua lebih rapat.

Riena yang ditemui XTRA ketika sidang media I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketujuh di ROM 8 Studio, Petaling Jaya baru-baru ini turut mengharapkan agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan Keith yang pernah digosipkan dengan pelakon Tiz Zaqyah, pelakon bersiri Kampung People itu enggan mengulaskan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya rasa soalan tu bukan saya yang sesuai untuk menjawab. Lebih baik kita tanya pada tuan badan sendiri betul atau tidak Keith bersama Tiz.

“Setahu saya, mereka hanya bekerjasama untuk satu produk, dan ada juga video mereka berdua untuk mempromosikan produk tersebut. Tapi saya rasa saya tak boleh nak ulas lebih lebih. Lebih baik kita tanya Keith & Tiz sendiri,” jelas Riena.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Jan 2021
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

Rezeki tak pernah salah alamat! Berkat doa ibu, Mimi Peri akhirnya sampai ke Malaysia ❤️

Featured Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Fuh Aedyy, mata tu ok tak? 😳 Rancakk betull 🤭 Masih berjiwa muda orang kataa 🤪

Filem Sun, 28 Aug 2022
Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

error: Content is protected !!