Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 12, 2024 @ 9:11pm

Suami Lafaz Cerai Terhadap Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, berkongsi rakaman video diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Penyanyi lagu Renungan Terakhir itu berkongsi rakaman video terbabit menerusi hantaran di Instagram, sebentar tadi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaz Rushdi dalam video terbabit.

Nora berkongsi video terbabit dengan kapsyen: “Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu.”

Sebelum ini, wujud spekulasi yang mendakwa rumah tangga penyanyi itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun perkara terbabit dinafikan oleh Nora.

@xtra_my Kita doakan yang baik-baik 🥹 #fyp #xtra #noraariffin #suami #lafaz #cerai #rakamanvideo #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Nora berkahwin dengan Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya sekitar tahun 2021 namun penyanyi itu tidak mendedahkan secara spesifik butiran majlis perkahwinannya.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Featured Wed, 23 Nov 2022
error: Content is protected !!