Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 24, 2018 @ 6:03pm

Kejernihan Air Sungai Bangang Mendamaikan Jiwa

Walaupun namanya agak melucukan, namun kejernihan air serta keindahan Sungai Bangang yang terletak di Hulu Dungun, Terengganu akan membuatkan anda berasa tenang dan damai.

Nama sebenar sungai ini adalah Sungai Bangan atau Sungai Balu, namun mungkin kerana slanga orang Terengganu mempunyai bunyi ‘G’ di belakang, maka terhasillah nama Sungai Bangang.

Lokasi Sungai Bangang memang agak tersorok, lebih kurang 800 meter dari atas ketinggian paras laut. Memang sukar diakses dan agak mencabar untuk sampai di lokasi ini.

Sungai Bangang lebih popular di kalangan pendaki dan mereka akan ke sana selama 3 hari 2 malam kerana kebiasaannya pendakian yang mengambil masa lebih kurang sehari. Trip yang popular di kalangan pendaki ini ialah Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir atau singkatannya CBL di mana ia merupakan spot yang wajib dilalu jika mahu ke Sungai Bangang.

Pendakian ke Puncak Gunung Berembun bermula dari Hutan Lipur Chemerong iaitu lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Terengganu. Pendakian di sini memerlukan permit.

Selepas pendakian, pendaki akan berkhemah di Jeram Lesung; kolam besar yang agak dalam dan mempunyai dua lubang air seolah-olah berbentuk lesung. Ada juga yang memilih untuk berkhemah di tempat yang lebih luas iaitu di Air Terjun Sungai Langsir.

Untuk ke Sungai Bangang, pengunjung perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan memasuki hutan melalui trek yang sedia ada.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih untuk ke kolam air hijau jernih itu. Namun percayalah, saat anda tiba di Sungai Bangang, segala penat lelah akan hilang setelah melihat kehijauan serta kejernihan air kolam itu. Keindahan alam semula jadinya juga pasti akan memukau mata memandang.

Sumber: Libur dan The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.

Eat Travel Mon, 8 Oct 2018
Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Eat Travel Thu, 7 May 2020

Walaupun berstatus paya, cantiknya luar biasa

Jangan kata ‘tidak’ sebelum anda lihat terlebih dahulu

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018
Eat Travel Sun, 18 Nov 2018

MAPS Ipoh, Destinasi Percutian Ideal Buat Keluarga Untuk Musim Cuti Sekolah Ini

Terdapat 6 zon yang menjanjikan keseronokan buat anak-anak!

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

error: Content is protected !!