Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 27, 2018 @ 12:00pm

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Jom warnai hujung minggu anda dengan hidangan Bubur Pumpkin Bua Loy!

Ya, seperti biasa hujung minggu adalah saat yang dinantikan untuk bermesra bersama keluarga tercinta. Jadi, aktiviti hujung minggu anda boleh manfaatkan dengan menyediakan hidangan istimewa iaitu bubur Pumpkin Bua Loy. 

Cara membuatnya mungkin agak rumit sedikit, tapi percayalah rasanya memang sedap! Warna-warni lagi! Bubur ini jika dilihat ibarat buah labu sedang terapung atas air. Haha! Teruja tak nak tahu cara nak membuatnya? Jom kita semak!

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
  • 3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum kalau tak nak liat)
  • Pewarna oren dan hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan yang disimpul
  • Sedikit sagu yang telah dimasak

Cara-cara membuatnya

Foto: Facebook

1. Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga menjadi doh. 

2. Kemudian, asingkan dalam 2 sudu besar dan campurkan dengan pewarna hijau untuk dijadikan sebagai tangkai labu. Doh yang selebihnya campurkan dengan pewarna oren.

3. Ambil sedikit doh oren, gentel menjadi bulat. Tekan dan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk corak labu. Buat lubang pada bahagian lubang tengahnya. Selepas itu, ambil doh hijau dan gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi dan kemaskan. Buat sampai habis adunan.

Foto: Facebook

4. Seterusnya, didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola labu. Apabila bebola labu itu dah timbul angkat dan tuskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.

5. Di dalam periuk yang lain, masak air bersama santan, gula, garam dan daun pandan. Bila ia dah hampir mendidih, masukkan bebola labu dan sagu. Kacau rata sehingga ianya mendidih.

Foto: Facebook

6. Boleh dihidangkan. Kalau nak makan sejuk, boleh tambahkan ais di dalam bubur tersebut ataupun simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

Comel kan? Rasa macam tak nak makan! 

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Featured Thu, 5 Jun 2025

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

Featured Mon, 12 Feb 2018

Tak Tahu Beza Kiri & Kanan, Aliff Syukri Kongsi Cabaran Hidap Disleksia

Siapa sangka, di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan bergelar jutawan muda, rupanya pemilik nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman ini merupakan penghidap disleksia.

Featured Thu, 23 Feb 2023

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka 😢😢

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Thu, 24 Jul 2025

Blood Brothers Gegar Pentas AMT2025, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle & Zamarul Hisham Calon Top 10 Selebriti Maskulin Terhangat

Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham, barisan pelakon hebat ini antara yang tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

error: Content is protected !!