Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin November 16, 2018 @ 12:00pm

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Korea antara destinasi favourite semua pelancong termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Bukan itu saja, makanan Korea juga sudah pun memasuki pasaran Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Bila menyentuh soal makanan, pastinya anda mempunyai makanan kegemaran anda yang tersendiri kan? Kali ini, penulis nak kongsikan resipi Daging Bulgogi ala Korea istimewa buat anda yang meminati masakan negara 4 musim ini.

Untuk menghasilkan menu istimewa ini, anda perlu menggunakan jenis daging lembu tanpa lemak kerana lebih cepat masak dan tak liat. Seeloknya, jangan guna daging kisar ya, nanti lain pula rasanya. Jom kita ketahui cara menyediakan resipi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 kilo daging lembu tanpa lemak
  • 1/2 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 inci halia yang dicincang halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar biji bijan putih, panggang dan dikisar
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 5 tangkai cili, dihiris halus
  • Minyak masak

Cara-caranya

1. Potong daging kepada kepingan nipis. Kemudian, potong lagi secara memanjang.

2. Campurkan kicap, minyak bijan, bawang putih, halia, cili, biji bijan dan bawang. Kacau sehingga sebati.

3. Perapkan daging lembu tersebut sekurangnya 3 jam dengan menyimpannya ke dalam peti sejuk.

4. Seterusnya, keluarkan perapan daging dan tumis dengan menggunakan sedikit minyak sehingga daging masak.

5. Hidangkan bersama nasi panas. Memang sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Aug 2024

Siti Nurhaliza Penyanyi Wanita Solo Yang Bakal Beraksi Di Hausboom Music Festival 2024

Wah, tak sabar nak tengok TokTi perfom!❤️❤️❤️

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Events Sun, 25 Dec 2022

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Konsert 7Belas 6ixth Sense terbaik 😍

Featured Sun, 20 Oct 2019

Siti Khadijah lebar sayap buka butik gaya hidup

Sedia produk dari hujung rambut ke hujung kaki

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Featured Wed, 17 May 2023
error: Content is protected !!