Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 7, 2018 @ 10:00am

Digelar ‘Sambal Lady’, Wanita Malaysia Ini Berjaya Perkenalkan Sambal Kepada Penduduk New York

Jika anda belajar atau bekerja di overseas, tak sah kalau tak terasa homesick, kan?

Bila kita berada jauh di perantauan, bukan mudah untuk dapat rasa masakan ibu, apatah lagi masakan negara sendiri yang kita biasa makan.

Itulah apa yang dialami oleh wanita kelahiran Seremban, Auria Abraham, yang telah melanjutkan pelajarannya di Berklee College of Music, Amerika Syarikat pada awal tahun 1990-an.

Sewaktu dia membesar, ibunya telah mengajarnya masak pelbagai jenis masakan, tapi di Amerika, dia tetap rindukan masakan Malaysia, terutama sekali sambal ibunya.

Jadi, untuk mengubati rasa kempunan tersebut, dia telah hasilkan sambalnya sendiri. Pada tahun 2013, dia membuat keputusan untuk membuka bisnes menjual sambal menerusi syarikatnya Auria’s Malaysian Kitchen di Brooklyn, New York.

Itulah langkahnya yang pertama untuk dedahkan dan perkenalkan masakan Malaysia kepada orang Amerika.

Kini, bisnesnya telah berkembang pesat – dia pun diberi nickname “Sambal Lady”! – dan telah pun menambahkan jem kaya di dalam senarai produknya.

Auria’s Malaysian Kitchen menawarkan dua jenis sambal (Hot Chilli Sambal dan Lime Leaf Sambal) dan dua jenis kaya (Pandan Kaya dan Salted Caramel Kaya).

Ia menggunakan ramuan asli premium 100% dan merujuk kepada resipi oleh ibunya sendiri untuk mendapatkan rasa yang asli.

Foto: auriasmalaysiankitchen.com

Lebih berkembang

Membuktikan lagi yang produknya diminati ramai, Auria, yang telah bertanding dalam rancangan pertandingan memasak ‘Chopped’ pada 2014, telah memenangi pelbagai anugerah masakan Amerika.

Salah satunya adalah di New York Fancy Food Show (NYFFS) baru-baru ini, di mana dia dikurniakan pingat gangsa untuk produk sambal limau purut dalam kategori marinade; dan pingat perak untuk produk kaya pandan dalam kategori jem awet.

Tapi yang paling membanggakan, Auria telah berjaya menandatangani sebuah penjanjian dengan rantaian pasaraya di Amerika, Foodtown, yang akan mula menjual produknya. Yay!

Di dalam sebuah temubual bersama Bernama baru-baru ini, Auria berkata yang Auria’s Malaysian Kitchen adalah satu-satunya jenama masakan Malaysia yang dikeluarkan di Amerika pada hari ini.

Sebelum ini, barangan makanan Malaysia memang ada dijual di Amerika tapi hanya di pasar-pasar etnik. Di pasaraya mainstream pula, memang jarang ada.

Tapi kini anda boleh dapati produk Auria’s Malaysian Kitchen di cawangan Foodtown di New York, New Jersey dan Pennsylvania serta kedai khusus mainstream yang lain seperti Dean & Deluca, Greene Grape dan Kalustyan.

Di laman webnya, Auria juga berkongsi resipi untuk masakan Malaysia, cadangan makanan yang sesuai dengan produknya, serta servis tunjuk ajar memasak dan katering.

Auria juga dikatakan akan kembangkan operasi syarikatnya. Kini dia sudah ada pengedar di setiap lokasi geografi di Amerka.

Yay! Sekarang lebih ramai orang Amerika akan boleh enjoy kesedapan sambal Malaysia!

Foto: Facebook Auria’s Malaysian Kitchen

Misi Auria

Kerana kempunan, Auria telah meminta resipi sambal daripada ibunya. Dia mendapati yang hasil masakannya ini cepat sangat habis, kerana ia dimakan dengan semua hidangan.

Sejak itu, dia mula bereksperimen dengan resipi yang ada untuk menghasilkan sambal dalam kuantiti yang banyak.

Auria juga mendapati bahawa di Amerika, tak ada pengeluar barangan makanan Malaysia yang menghasilkan produk mereka dengan tangan.

“Yang ada hanyalah produk yang dikilangkan, yang penuh dengan bahan pengawet dan yang dipasarkan dari jauh, langsung tak mencerminkan betapa sedapnya masakan Malaysia yang sebenar,” katanya kepada NYCEDC.

Dengan itu, Auria menjadikannya sebagai misi baginya untuk mendedahkan lagi kelazatannya kepada orang Amerika.

Foto: Facebook Auria’s Malaysian Kitchen

“Saya menawarkan produk makanan yang sama seperti bagaimana ibu saya menyediakannya tanpa menggunakan bahan kimia atau perasa tiruan,” katanya.

“Saya berkongsi sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya, tanah air saya, dan sesuatu yang mereka takkan boleh alami di dapur ataupun di rumah mereka sendiri.

“Dengan setiap suap, mereka akan ‘mengembara’ ke Timur.”

Auria juga percaya yang perkongsian makanan lazat ini amat penting serta boleh merapatkan hubungan sesama manusia sambil meraikan budaya dan saling hormat-menghormati.

Wah, bagus betul anak Malaysia ini! Walaupun dia dah menetap di Amerika selama lebih daripada 20 tahun, dia nampaknya tak melupakan asal usulnya. Syabas!

Sumber: Auria’s Malaysian Kitchen, New Straits Times, NYCEDC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Events Fri, 15 Nov 2024

Tersenarai Dalam Malaysian Book Of Records, ‘Bekpes Hot Berjaya Tawan Puncak Kinabalu’

“Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” sekaligus menerima Malaysian Book Of Records

Featured Wed, 8 May 2024
Featured Thu, 4 Aug 2022

Anggota Trafik Iringi Anak Ahli Parlimen Dikenakan Tatatertib

Nampaknya ramai yang tak puas hati mengenai isu ni yaa?

Featured Fri, 28 May 2021

Semua Sektor Ekonomi Ditutup, Kerajaan Laksanakan Total Lockdown Bermula 1 Jun

Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi […]

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Events Mon, 31 Jan 2022

Bapa Kepada The Pocket Rocketman Negara Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Datuk Azizulhasni Awang. Al-Fatihah

Featured Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!