Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2024 @ 4:48pm

Afifah Nasir Tunjuk Bukti, Segala Permintaan Untuk Majlis Perkahwinan Mudah Kecuali Undang Judika Menyanyi – “Dia Tak Dapat Datang Sebab…”

Impian penyanyi dan pelakon, Afifah Nasir untuk membawa penyanyi popular Indonesia, Judika bagi membuat persembahan pada majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Menurut Afifah, penyanyi kegemarannya itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan beberapa urusan peribadi.

Namun, dia memaklumkan bahawa segala permintaan untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Ahad lalu dipermudahkan.

“Semua permintaan saya untuk majlis perkahwinan saya dapatkan dengan mudah kecuali Judika.

“Dia tidak dapat hadir atas beberapa sebab yang saya tidak boleh kongsikan disini. Apa pun, Judika tetap yang terbaik,” katanya.

Perkara itu dikongsi Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Nasir, 31, menerusi foto tangkap layar pesanan Whatsapp yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Menerusi perbualan dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Aizuddin, dia telah berusaha untuk membawa pelantun lagu Aku Yang Tersakiti itu, namun tidak berjaya.

“Confirm Judika tidak available. Sorry for the late reply sebab saya cuba juga untuk push dia datang. Maaf sangat-sangat sebab last minute,” jelas individu berkenaan.

Terdahulu, Afifah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Syed Hariz pada Ahad.

Dalam majlis ijab dan qabul tersbeut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta lima dulang hantaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PELIK KIRIMAN ‘KASIH’ KIM KARDASHIAN

  Hari Kekasih atau Valentine’s Day selalunya disambut dengan kiriman hadiah kepada pasangan masing-masing atas rasa kasih sayang. Tetapi lain pula bagi aktres Hollywood terkenal, Kim Kardashian. Isteri kesayangan penyanyi rap, Kanye West ini nampaknya […]

Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Kejutan Pereka Popular Buat Siti Aafiyah

Bukan hanya persalinan rona hijau muda yang disarung Siti mendapat pujian malah gaun hijau yang dipakai oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid tidak kurang hebatnya. Sedondon ibu dan anak, comel sekali!

Trending Fri, 19 Jun 2020
error: Content is protected !!