Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 27, 2023 @ 8:17pm

Pernah Dikritik ‘Ada Nampak Mummy Happy?’, Baby Shima Rasa Mas Idayu Ikhlas & Tak ‘Fake’ Dalam Penjurian

“Semasa kena marah dengan mummy (Mas Idayu) dahulu, saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab tahu saya buat salah.”

Demikian kata-kata penyanyi Baby Shima apabila dia juga pernah berdepan situasi sama dengan penyanyi yang juga peserta program Famili Duo TV3, Sissy Imann ketika menerima komen pedas daripada juri, Mas Idayu.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, setiap teguran dan komen daripada Mas Idayu sememangnya pedas.

“Bagi saya ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Setiap orang ada cara berbeza dalam memberi teguran dan takkanlah mummy nak menjadi orang lain.

“Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan,” katanya.

Tambah Shima, dia menganggap Mas Idayu adalah seorang juri yang ikhlas dalam memberi sebarang komen mahupun kritikan dalam apa jua program pertandingan.

“Mummy adalah antara juri program yang paling bagus sebab dia tak ‘fake’ tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih kepada memuji sedangkan tahu persembahan peserta itu teruk.

“Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan,” ujarnya.

Shima yang pernah menyertai pertandingan Dangdut Academy Asia musim ketiga di Indonesia juga menganggap apa yang terjadi kepada dirinya ketika dikritik hebat Mas Idayu ada hikmah tersendiri.

“Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia.

“Jadi saya anggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sahaja boleh baiki diri sendiri, malah juga beri peluang baharu buat saya,” jelasnya.

Pelantun lagu Lalai ini pernah dikritik hebat oleh Mas Idayu ketika menyertai program D’Academy Asia sehingga rakaman komen pedas ‘Ada nampak Mummy happy?’ terhadap dirinya itu masih popular sehingga kini.

Terdahulu, dalam persaingan minggu keenam program Famili Duo, Sissy dan Naim menerima kritikan hebat daripada juri tetap, Mas Idayu malah Sissy juga tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 May 2019

Mira Filzah Trauma Penembak Sebut “Baby Sayang”

Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, apa yang terjadi adalah di luar kawalan dirinya.

Trending Tue, 18 Feb 2020

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Dunia hiburan sekali lagi menerima kematian berita tak terduga..

Featured Sun, 3 Apr 2022
Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Trending Fri, 12 Jul 2019

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

Adoi, nasib baik takde apa-apa jadi wak!

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

KHAI BAHAR PUAS JADI ‘VAMPIRE’ ?

Jelasnya, membawa lagu “Bayang” ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Patrick Anohada amat berat bukan kerana stress atau susah tetapi untuk menjiwai lagu tersebut mengikut konsep ala ala vampire yang dipersembahkannya.

error: Content is protected !!