Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom February 27, 2020 @ 4:38pm

Kalau ke luar negara, jangan pesan 10 menu ini. Anda pasti trauma!

Mengenali budaya sesebuah negara, satu daripadanya adalah melalui makanan tradisinya. Kata orang kalau sampai ke negara orang itu, kenalah cuba!

Namun begitu tetap ada keterbatasannya khususnya buat mereka yang beragama Islam, kerana pembuatan dan status makanan yang tidak halal bertentangan dengan ajaran agama.

Oleh itu, pelancong Muslim yang merancang bercuti ke luar negara, perlu elak mencuba beberapa jenis makanan popular ini. Pada mata kasar ia mungkin sekadar hidangan sayuran, akan tetapi pembuatan bahannya tidak halal.

1. Tofu darah

Foto: Saji My

Biasanya bila berada di luar negara, makanan berasaskan daging jarang kita jamah kerana tidak pasti bagaimana penyembelihan dilakukan selain meragui jenis daging itu sendiri.

Dalam keadaan darurat, ikan, makanan laut dan sayur-sayuran menjadi penyelamat! Tetapi jika anda melihat menu vegetarian iaitu sayuran bersama tofu merah, tolong jangan memesan menu tersebut!

Ini kerana, tofu yang diperbuat daripada kacang soya menjadi warna merah bukan disebabkan pewarna makanan, sebaliknya terhasil daripada darah gabungan darah ayam, lembu mahupun babi.

Tofu darah ini begitu terkenal di Hong Kong dan juga selatan China. 

2. Casu Marzu

Foto: CBS News

Siapa yang tidak sukakan makanan berkeju, malah menjadi trend di negara ini sejak beberapa tahun lalu, apa saja jenis makanan pasti berkeju bahkan yang pedas pun tetap ditambah keju.

Tetapi kalau keju basi, agak-agak nak makan tak? Jangan tak percaya orang Itali gemar memakan keju basi yang merupakan antara makanan tradisional mereka.

Keju yang digunakan akan ditapai sehingga ulat-ulat berengga ini membiak. Kaedah ini adalah bagi mengurangkan lemak yang terdapat di dalam keju. Ada juga yang makan kek keju ini bersama ulat yang terdapat di dalamnya.

Eee gelinya!

3. Vegemite

Sekali pandang seakan sapuan coklat Nutella, namun ia sama sekali berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Vegemite ini merupakan sapuan yang boleh dimakan bersama roti, pastri atau pun biskut.

Sapuan vegemite ini diperbuat daripada lebihan yis yang digunakan bagi membuat bir. Rasanya agak masin, pahit serta malt. Ia hanya boleh didapati di Australia sahaja.

4. Sosej darah

Sosej darah ini terdapat di Afrika, Amerika, Eropah dan juga Asia. Ia diperbuat daripada darah yang dibekukan yang kemudiannya dicampurkan dengan bahan-bahan lain sebelum dimasukkan ke dalam sarung sosej.

Sosej ini kemudiannya dimasak dengan pelbagai menu untuk dinikmati oleh penggemarnya. Ianya dikatakan enak, sedap dan berlemak, malah ianya sangat digemari ramai.

Darah apa yang digunakan, wallahualam!

5. Tarantula goreng

Foto: IDN Times

Tarantula atau labah-labah goreng merupakan snek ringan bagi masyarakat Kemboja. Untuk menyediakan hidangan ini, bulu- bulu halus yang terdapat pada kaki tarantula akan dicabut terlebih dahulu.

Ia kemudiannya direndam dalam air yang bercampur gula, garam serta serbuk perasa selama semalaman. Setelah itu, tarantula tersebut akan digoreng bersama bawang putih lalu dimakan bersama sos pencicah.

Jadinya kalau anda ke Kemboja dan terlihat makanan seumpama soft crab goreng, harus tanya dulu binatang apakah ini?

6. Isaw manok

Foto: OFW Life

Biasanya sate perut menjadi kegemaran ramai jika di Malaysia. Namun, pernahkah anda mencuba sate yang dihasilkan daripada usus ayam.

Orang Filipina sangat menggemari hidangan sate usus ayam yang dihancurkan lalu digaul bersama sos pedas serta beberapa bahan lain. Ia dibakar seperti biasa. Ewww!

7 . Surstromming

Apa yang terjadi apabila anda menikmati makanan basi? Sudah tentulah jawapannya anda akan mengalami keracunan makanan yang membuatkan hidup anda rengsa dan kemurungan disebabkan terpaksa berulang-alik ke tandas setiap lima minit.

Masyarakat di Sweeden makan makanan basi adalah perkara biasa. Ini kerana mereka mempunyai hidangan ikan basi dari ikan laut Baltik yang digaramkan sebelum ditinkan. Aromanya ini juga begitu kuat dan tajam.

8. Snake Wine atau Arak Ular

Foto: Y101 FM

Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana orang boleh minum arak ular ini. Namun begitu bagi masyarakat Tiongkok, China, ia satu minuman yang berkhasiat.

Ia diperbuat daripada sekumpulan ular berbisa yang dijerukkan dan direndam dalam arak beras ataupun gandum. Arak ular yang dicampurkan dengan ethanol ini rasanya seakan sake yang direndam selama beberapa bulan.

9. Boshintang

Orang Malaysia paling suka bercuti di Korea, kerana orang Malaysia lah yang paling fanatik sekali dengan muzik K-Pop, K-Drama dan K-Movie.

Kelompok peminat artis Korea ini terdiri daripada ramai adik-adik manis bertudung. Sekadar peringatan kepada hijabista, jangan kerana fanatik sampaikan makanan popular mereka juga turut dibedal tanpa usul periksa.  

Boshintang atau stu daging anjing antara yang sangat terkenal di negara itu. Boshintang ini dikatakan dapat meningkatkan kesihatan seseorang terutamanya warga emas.

10. Burger cindil

Cindil bermaksud anak tikus yang baru lahir, dikatakan boleh menambah stamina serta membuatkan badan seseorang lebih sihat.

Cindil dikatakan memiliki kandungan protein yang tinggi dan boleh mengubati pelbagai penyakit dan satu daripadanya adalah asma. Masyarakat di China telah mengolah resipi menggunakan Cindil ini supaya sesuai dengan cita rasa mereka. Antaranya adalah menyajikan Cindil dalam bentuk burger.

Kesimpulannya, bila seseorang itu merancang ke luar negara atau sedang menikmati percutian di beberapa negara yang disebutkan, haruslah membuat sedikit kajian mengenai makanan tempatan terlebih dulu. Jangan main bedal saja ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Nov 2023

“Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Bahaya juga macam ni ek~ Niat nak pergi kerja alih-alih ada pulak perangai 👻

Featured Mon, 11 May 2020

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Ibu bapa turut diingat tidak membahayakan keselamatan anak

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Tue, 13 May 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022

Genap 20 Hari Pemergian, Uyaina Arshad Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Peluk Abang – “Kalau Boleh Undur Masa”

Allahu sebaknya 😭Semoga Uyaina tabah hadapi ujian.. Ciptalah momen indah bersama orang tersayang sebelum ia jadi kenangan ❤️

Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Featured Wed, 20 May 2020

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perlu dapatkan surat persetujuan sebelum pulang ke tanah air

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Featured Tue, 22 Jun 2021

Kebenaran Rentas Negeri 2021 Dijangka Bermula Pada…

Berdasarkan statistik yang dikongsikan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, Malaysia kini telah mencapai tahap 100 peratus sasaran vaksinasi di Selangor dan Putrajaya. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai kebenaran […]

Featured Thu, 28 Dec 2023
error: Content is protected !!