Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 6, 2019 @ 10:36am

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Dua suspek yang ditahan kerana didakwa meletakkan alat letupan di tepi jalan berhampiran ibupejabat Polis Diraja Thailand di Jalan Rama I beberapa hari lepas, didapati pernah melawat Malaysia beberapa kali sebelum ini.

Ketua Biro Imigresen Thailand Lt Jen Polis Sompong Chingduang berkata rekod perjalanan serta rakaman kamera keselamatan di pusat pemeriksaan Imigresen di Narathiwat menunjukkan kedua-dua suspek dari Narathiwat itu pernah melintasi sempadan.

”Kami sudah temui rekod perjalanan suspek, dan juga rakaman video yang menunjukkan wajah mereka dengan jelas,” katanya kepada media di sini.

Kedua-dua suspek ditahan di Chumphon, Jumaat, kerana disyaki meletakkan alat letupan berdekatan dengan ibu pejabat Polis Diraja Thailand, namun bom itu berjaya dimatikan sebelum meletup.

Dalam kejadian Jumat lepas, beberapa siri letupan di lima lokasi di ibukota Bangkok mengakibatkan empat orang tercedera.

Kedua-dua lelaki itu ditahan selama tujuh hari di bawah Undang-undang Darurat Thailand bagi membantu siasatan.

Sompong bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir lanjut perjalanan kedua-dua suspek itu, atau sekiranya masih ada suspek yang mengiringi kedu-dua lelaki itu, yang sedang dicari pihak berkuasa.

Katanya Ketua Polis Diraja Thailand, Jen Polis Chakthip Chaijinda telah mengarahkan pegawai imigresen supaya meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pintu sempadan negara.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Apr 2021

Tahniah! Nad Zainal Selamat Timang Anak Kedua

Wah, baby mesti comel macam mommy dia!

Featured Sun, 29 May 2022
Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Ada Segala Bukti ‘Permainan’ Awak, Berhentilah Cemburu!” – Nabila Huda Jijik Dengar Panggilan Ibu Tiri

Pelakon versatile Nabila Huda menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Penampilan Bertudung Singkat, Berkain Jarang Jadi Perhatian… Nabila Razali Akui Masih Perbaiki Diri

Nabila tidak menafikan dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dari semasa ke semasa

error: Content is protected !!