Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2023 @ 4:03pm

Video Wanita Disyaki Fatin Umaidah Menangis Luah Perasaan, Tular Foto Romantis Bersama Alif Teega? – “Jalan Kita Pilih Tak Mudah”

Konflik rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah masih menjadi tarikan ramai pihak di platform media sosial.

Malah, keadaan menjadi lebih rumit apabila satu-satu perkara mula terbongkar bermula dengan laporan perubatan Aisyah serta rakaman suara pertelingkahan bersama Alif.

Terkini, sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai isteri kedua Alif, iaitu Fatin Umaidah sedang menangis mula tersebar di media sosial.

Video tersebut dikhabarkan adalah luahan hati Fatin kapada Alif sebelum menjadi isterinya.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut menunjukkan foto-foto romantis Alif bersama Fatin.

“Kita nak contact susah, hantar gambar, selepas tu Allah buka jalan, abang-abang saya terima, family saya termina.

“Saya tak sabar nak jadi isteri awak, saya rindu awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak tau,” luahnya.

@xtra_my

Replying to @Che Ah Betul ke tu suara Fatin Umaidah?👀😢 #fyp #xtramy #fatinumaidah #luah #perasaan #alifteega #tular #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Video tersebut telah meletus di media sosial sehingga meraih pelbagai reaksi netizen yang berang terhadap Fatin.

Bagaimanapun, sehingga kini akaun media sosial sebenar Fatin Umaidah masih tidak dapat dikesan.

Sebelum ini, adik Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam membongkar laporan perubatan kakaknya yang dipecayai telah dikasari oleh Alif.

Susulan itu, Aisyah tampil memberi respons berhubung laporan dan video rakaman suara pergaduhan bersama suaminya itu dengan berkata dia tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit.

Terdahulu, Alif memaklumkan kepada ramai pihak apabila mengakui sudah berkahwin dua bersama pekerjanya, Fatin Umaidah Ramli beberapa hari sebelum majlis ulang tahun perkahwinan dengan Aisyah.

Lebih mengejutkan, tular perincian pernikahan Alif dan Fatin dikhabarkan telah berlangsung di Songkhla, Thailand.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: “Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Artikel Berkaitan: Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Artikel Berkaitan: Tular ‘Voice Note’ Aisyah Hijanah Bertengkar Dengan Alif Teega Akibat Dikasari? – “Hari Ini Abang Akan Masuk Lokap!”

Artikel Berkaitan: Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Menurut Arfie Shah, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna Jobling.

Hiburan Mon, 11 May 2026

Aedy Ashraf Anggap Kejayaan Filem Sebagai ‘Hari Graduasi’, Luahan Ibu Undang Sebak

Aedy berkata walaupun dia tidak mampu menghadiahkan segulung ijazah buat ibunya, namun kejayaan menghasilkan filem sulung dianggap seperti sebuah ‘hari graduasi’ dalam hidupnya.

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Trending Sun, 25 Nov 2018
Kisah Viral Tue, 4 Feb 2025

The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’, Mangsa Boleh Kongsi Pengalaman Secara Rahsia Di Kotak Luahan Hati

The Vocket lancar kempen Jadi Buddy Bukan Buli, inisiatif selamat untuk mangsa luah hati

Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!