Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 29, 2023 @ 4:07pm

Persoal Motif Adik Susuan Aisyah Hijanah, Sedia Bawa Kes Akaun Palsu Fatin Umaidah Ke Mahkamah… Ini Empat Kenyataan Rasmi Alif Teega – “Tolong Henti Hina Kedua-Dua Isteri Saya”

Personaliti media sosial, Alif Teega akhirnya tampil bersuara berhubung pelbagai dakwaan atau fitnah berkaitan konflik rumah tangganya bersama pempengaruh, Aisyah Hijanah.

Konflik rumah tangga mereka mula meledak di media sosial selepas Alif mengakui telah berkahwin dua bersama pekerjanya, wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah Ramli saat Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Menerusi dua perkongsian di Instagram, Alif meminta ramai pihak untuk berhenti menyebarkan fitnah melampau kerana hubungannya bersama isteri pertama, Aisyah berada dalam keadaan yang sangat baik

Dalam muat naik sama, Alif berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun media sosial isteri keduanya, Fatin Umaidah Ramli.

Alif Teega

“Ada permintaan sedikit, Alif nak minta untuk berhenti sebarkan fitnah yang melampau. Alif dan Aisyah memilih untuk memaklumkan berita Alif bernikah dalam keadaan murni. Itu sahaja, jangan tokok tambah.

“Pertama, saya dan isteri saya Aisyah sekarang dalam keadaan sangat baik. Tolong jangan disebabkan fitnah, komen-komen ni buatkan keadaan teruk. Ini hal rumah tangga saya.

“Kedua, isteri saya Fatin tidak ada sebarang akaun media sosial. Saya risau kenyataan disitu mengundang lebih banyak cerita fitnah. Semuanya palsu untuk keruhkan keadaan. Saya bersiap sedia untuk membawa hal ini kepada undang-undang. Buat siapa yang create akaun dia sila delete sekarang. Jangan cabar saya,” katanya.

Alif Teega

Dalam masa yang sama, Alif mempersoalkan motif disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh adik susuan Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam itu tidak dibawa ke mahkamah sekiranya dakwaan tersebut benar.

Malah, Alif berkata dia sudah menetapkan masa untuk berjumpa dengan abang susuan Aisyah.

“Ketiga, apa sahaja statement yang dikeluarkan oleh adik susuan Aisyah, kalau lah ianya benar semua itu perlu dibicarakan di mahkamah bukan di media sosial. Apa motif fitnah itu? Walhal saya dan Aisyah baik-baik sahaja.

“Adik kandung Aisyah juga jumpa saya bersembang. Juga abang susuan Aisyah datang jumpa. Mana dia Amirul Adni Rustam? Saya dah set time dengan abang awak, datang jumpa saya,” ujarnya lagi.

Di akhir muat naik tersebut, Alif memohon maaf dan berharap agar ramai pihak tidak terus menghina kedua-dua isterinya.

“Keempat, saya tahu saya tak mampu menahan cemuhan dan makian kalian terhadap apa yang berlaku. Saya doa agar kalian mampu menahan lidah dan hanya berkata perkara yang baik-baik sahaja insya-Allah.

“Saya mohon tidak menghina isteri saya, Aisyah dan Fatin. Mohon maaf atas apa yang berlaku tapi inilah yang saya perlu jalani. Saya juga manusia diuji dengan kata-kata sendiri,” tulisnya lagi.

Alif Teega

Sebelum ini, tular sebuah foto di media sosial memaparkan perincian pernikahan Alif bersama isteri keduanya, Fatin yang dikatakan berlangsung di Songklah, Thailand.

Susulan itu, adik Aisyah iaitu menggelarkan Alif neorang lelaki dayus atas dakwaan memukul kakaknya itu sehingga cuba untuk mengahapuskan bukta di dashcam.

Terdahulu, Alif atau nama lengkapnya Mohd Hazalif Mohd Hazani tampil meleraikan segala spekulasi dengan mengakui telah berkahwin dua demi mengelak sebarang fitnah berterusan terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Terdahulu, Aisyah pula seakan reda atas nasib menimpanya itu serta mendoakan kebahagiaan suaminya bersama madu, Fatin Umaidah dan berharap ramai pihak tidak terus bercakap buruk mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Kongsi Kondisi Kandungan Terkini, Sempat Mohon Netizen Beri Ruang & Tidak Perbesar Isu – “Bayi Dalam Keadaan Baik, Tetapi…”

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: “Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Bawa Bini Penyondol Bersihkan Nama Kau!” – Adik Aisyah Hijanah ‘Spill The Tea’… Minta Alif Teega Tak Control Isteri

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Digelar S*ndal Ketika Live, Reaksi Alif Teega Bikin Netizen Menyampah! – “Korang Ni Tak Baik, Aisyah Okay Je”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Imaginasi Terlalu Tinggi, Anak Achey Minum Air Menerusi Permainan Mudah Alih

Pelawak terkenal, Achey terkejut apabila anaknya, Nur Tiara Zinnirah ‘minum air’ menerusi permainan mudah alih di telefon pintar.   View this post on Instagram   A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung) Menerusi […]

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

‘Mereka Tak Mahu Bayaran’- Altimet Terharu 20 Penyanyi Sudi Menyanyi Di Konsert Terakhir

Pasti ramai yang tertanya berapa agaknya kos keseluruhan konsert ini kan, maklumlah ramai penyanyi hebat yang tampil di pentas.

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Belum Ada Persiapan DiBuat – Elfira

Masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya dan tarikh nikah pun belum ditetapkan

Trending Tue, 26 Jun 2018

Bazar Perayaan Di Dua Lokasi Ini Bakal Tinggal Kenangan

Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin.