Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2025 @ 7:58pm

Hubungan Dengan Chubb-E Tidak Seakrab Dahulu, Rita Nadira Kini Berkawan Dengan Lelaki Berjambang

Pelakon Rita Nadira, 28, mendedahkan hubungannya dengan penyanyi Chubb-E tidak lagi seakrab dahulu dan masing-masing kini memilih untuk membawa haluan sendiri.

Bagaimanapun, Rit amenegaskan mereka tetap mengekalkan hubungan baik dan saling menghormati sebagai sahabat.

“Sekarang ini kami tidak rapat macam dulu lagi, tapi masih saling menghormati antara satu sama lain.

“Soal sejak bila hubungan mula renggang, saya rasa tidak perlu diperincikan,” katanya.

Rita ditemui XTRA pada sidang media filem Qifarah di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mengulas mengenai keakraban bersama seorang jejaka berjambang yang pernah dikongsikannya di media sosial, Rita mengakui mereka sedang dalam proses mengenali hati budi.

Malah, pelakon drama bersiri Tak Sempurna Mencintaimu ini tidak menolak andai hubungan itu berakhir ke jenjang pelamin.

“Setakat ini kami berkawan dan sedang mengenali antara satu sama lain. Saya kenal dia lebih kurang enam bulan.

“Bila umur dah masuk 28 tahun, kalau ada rezeki berjodoh, saya tidak menolak. Cuma, saya belum boleh kata betul-betul bersedia untuk berkahwin,” ujarnya.

Tambahnya, dengan peningkatan usia, Rita kini lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi terutama melibatkan hubungan cinta.

“Dulu saya agak terbuka berkongsi tentang dengan siapa saya rapat, tetapi sekarang saya lebih matang dan mahu menjaga privasi pasangan. Itu juga tanda saya menghormati dirinya. Apa yang boleh saya kongsi, dia bukan dari industri seni,” katanya.

Rita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Chubb-E namun mereka tidak pernah mengesahkan gosip percintaan tersebut.

Terbaharu, perkongsian fotonya bersama seorang jejaka berjambang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai status sebenar hubungan mereka.

@xtra_my Sekitar mini sidang media filem seram Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang dijadualkan menemui penonton bermula 9 Oktober ini, kerjasama antara Skop Production, My Way Picture dan Primeworks Studios. Filem Qifarah dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Rita Nadira, Namron, Esma Daniel dan ramai lagi. Tengok trailer pun dah meremang, mesti best kan filem ni? #xtramy #xtratonton #qifarah2025 ♬ original sound – XTRA

Dalam perkembangan lain, Rita bakal tampil dalam filem terbarunya berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober.

Filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]

Featured Fri, 19 Aug 2022

Akibat Harta Pusaka, Individu 70 Tahun Tikam Adik Sebelum Gantung Diri

Pasal harta sesiapa ja boleh bertindak luar kawalan😌

Featured Fri, 28 Feb 2025

Diinspirasi Dari Kisah Peribadi, Nyoman Paul Tuju Lagu ‘Alunan Mimpi’ Buat Mendiang Sahabat

MV ini dihasilkan oleh You Know Who Film dengan David Christover bertindak sebagai Director of Photography.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Featured Fri, 15 Apr 2022

#JusticeForBella: “Siap Buat Peace & Mini Love” – Foto Barisan Peguam Dengan Siti Bainun Dikecam Netizen

Bahagianya.. Sikit pun tak rasa simpati dekat nasib adik Bella ke…? 😭😭

Selebriti Sat, 31 Jul 2021

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu. Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini […]

error: Content is protected !!