Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 19, 2022 @ 7:37pm

Akibat Harta Pusaka, Individu 70 Tahun Tikam Adik Sebelum Gantung Diri

Tidak asing lagi berita mengenai perebutan harta pusaka dalam kalangan adik beradik walaupun harta yang ditinggalkan hanyalah sekangkang kera.

Terbaharu, dua orang adik beradik yang berusia 67 tahun dan 70 tahun terlibat dalam sebuah pertengkaran sehingga menyebabkan maut gara-gara tidak berpuas hati dengan urusan pembahagian harta pusaka.

Memetik laporan Kosmo! Online, insiden maut tersebut berlaku di sebuah kediaman di Housing Trust, Ipoh semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menjelaskan bahwa kejadian tersebut berlaku di rumah yang didiami.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap harta pusaka iaitu sebuah rumah didiami mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini kepada Kosmo!

Jelas Azizi, berdasarkan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini, pegawai perubatan telah mengesahkan bahawa punca kematian mangsa yang berumur 67 tahun itu disebabkan tikaman pada bahagian leher.

“Selain itu, terdapat beberapa kesan tikaman pada muka dan leher mangsa,” katanya.

Manakala, abang mangsa yang berusia 70 tahun turut disahkan mati disebabkan tekanan pada bahagian leher gara-gara menggantung diri selepas menikam adiknya ketika perbalahan.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Tue, 29 May 2018

Kalau Tak Nak Boros Berbelanja, Ikuti 5 Tip Membeli-Belah Ini

Jangan nak syok sangat membeli-belah, takut pokai pula lepas raya!

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Cantiknya! Misha Omar Kini Berhijab

Cantiknyaaaaa Kak Mitch!

Hiburan Wed, 15 Oct 2025
error: Content is protected !!