Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 13, 2025 @ 1:31pm

“Berat Badan Yassin Naik, Bakal Pulang Ke Malaysia Sebelum Hari Raya” – Saiful Apek

Pelawak terkenal, Saiful Apek, memaklumkan sahabatnya yang merupakan anggota kumpulan Senario, Yassin dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Menurut Apek, mereka yang mengenali Yassin dengan baik semestinya tahu walaupun rakannya itu mungkin tidak memiliki kepintaran luar biasa, namun dia bukan seorang yang bodoh.

“Selama ini kami memilih untuk berdiam diri kerana menghormati keluarga Yassin, tetapi berdasarkan maklumat yang saya terima daripada keluarganya, dia akan pulang sebelum Aidilfitri ini.

“Cuma saya nak beritahu kepada semua supaya hentikan segala spekulasi. Kita tunggu tuan empunya badan balik dan biar dia sendiri yang ceritakan kejadian sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak Malaysia ditahan di Jeddah kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja. Identiti pelawak itu tidak didedahkan, namun dia dilaporkan sedang menjalani hukuman enam bulan di negara tersebut selepas perbicaraan pada November lalu.

Sumber turut menyatakan terdapat kemungkinan pelawak berkenaan dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya menunjukkan kelakuan baik.

Mengulas keadaan Yassin, Apek menegaskan rakannya itu tidak ditahan di penjara, sebaliknya sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Alhamdulillah saya lega dia berada dalam keadaan yang baik. Dia pun dengarnya sudah hafal sehingga 20 juzuk al-Quran kerana dapat ‘kursus percuma’. Tiada benda jadi kebetulan, insya-Allah sebelum Aidilfitri ini dia pulang untuk bersama keluarganya dan kami akan menyambutnya dengan penuh kegembiraan,” katanya.

Apek turut mendedahkan dia berpeluang bercakap dengan Yassin sepanjang tempoh rakannya itu berada di pusat pemulihan.

“Saya dapat bercakap sekali dengan Yassin melalui panggilan video di aplikasi Zoom. Malah berat badannya juga bertambah naik. Kalau dulu badannya saiz S (Small), kini sudah saiz M (Medium),” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Apek mengakui dia dan rakan-rakan lain turut membantu bagi memastikan Yassin berada dalam keadaan baik sepanjang berada di sana.

“Sebagai sahabat, kami saling berkongsi rezeki untuk menyediakan segala keperluan di sana. Saya rasa kalau saya sendiri ditimpa musibah pun, pasti sahabat-sahabat saya akan lakukan perkara sama. Inilah gunanya sahabat. Cuma tiada masalah kewangan yang kritikal sepanjang dia berada di sana. Semuanya ditangani dengan baik,” ujarnya kepada XTRA.

Apek ditemui di majlis pelancaran filem 6 Jilake di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Bakal muncul dalam filem terbabit, Apek bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Amerul Affendi, Bell Ngasri, Asmidar, Kazar Saisi, Kamarool Hj Yusof, Jalil Hamid, Wan Raja, Mamak Puteh, Wan Gegau, Laura Olivia dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Dr Shasa Abdul Aziz, filem kolaborasi antara Eartistic Entertainment dan Grand Brilliance Studio ini diarahkan oleh pengarah terkenal Aziz M Osman dan bakal ditayangkan pada 24 April ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023

Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Amboi kemain netizen sampai libatkan arwah ayah dia 🥲

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

周杰伦「惊喜现身」任贤齐演唱会?

早前因电影拍摄增胖至100公斤的任贤齐,成功在来马开唱前甩肥肉“这趟行程我只能吃鸡胸肉和青菜”;而演唱会更是邀请到「超级巨星」九孔,一人分饰周杰伦、费玉清和Mc HotDog,闹翻全场。

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Video tentang makna sebenar Hari Raya buat anak-anak yatim & golongan asnaf ni mesti buat korang sebak..

SATU Syawal adalah hari istimewa yang dinantikan umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan dan bergembira setelah sebulan berpuasa.  Kemeriahan persiapan dan sambutan Aidilfitri termasuk membeli baju raya, bermain bunga api, rumah terbuka dan berkumpul […]

Trending Mon, 16 Sep 2019

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Salam takziah buat adik comel ini. Bahaya juga jerebu ni

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Mon, 8 Aug 2022

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Ini pilihan Dr. Amalina & suami. Lahir di Malaysia atau luar negara, yang penting anak tersebut ditatang bagai minyak yang penuh, dididik dengan baik untuk menjadi insan bertanggungjawab di masa hadapan.

error: Content is protected !!