Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 4, 2024 @ 7:46pm

Individu Dakwa #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat Hanya Untuk Berjumpa Artis? Ini Respons Alif Satar

Gerakan #GengSubuhMacamJumaat yang dicetuskan oleh selebriti popular, Alif Satar sememangnya menerima sambutan yang amat menggalakkan sehingga turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Sebelum ini, Alif ada berkongsi di laman Instagram miliknya momen dia bersama kira-kira 3,000 jemaah di sebuah masjid untuk menunaikan solat fardhu Subuh dan berlari bersama-sama.

Ternyata, usaha murninya itu telah memberi kesan positif dan meninggalkan satu kenangan yang manis kepada masyarakat.

Bahkan, secara tidak langsung, ia menyuntik motivasi kepada orang ramai untuk menunuaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid berhampiran.

Namun demikian, tanpa diduga, misi baik tersebut turut berdepan dengan kecaman.

Baru-baru ini, ada individu yang tampil mempertikaikan inisiatif Alif dalam mengajak orang ramai mengimarahkan masjid melalui solat Subuh.

Segelintir netizen mendakwa, kempen yang digerakkan sejak November lalu itu mendapat sambutan hangat hanya disebabkan dirinya berstatus selebriti semata-mata.

Malah, mereka turut mengatakan jemaah masjid yang terlibat bukanlah benar-benar ingin menunaikan solat Subuh, sebaliknya cuma berhajat ingin bertemu artis kesayangan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Menurut Berita Harian, memberi reaksi terhadap kritikan negatif berkenaan, Alif bagaimanapun tidak mempedulikan suara-suara yang berasa iri atau tidak puas hatii terhadap usaha baiknya itu.

“Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid)… Dua tiga orang ini saya tak kisah.

“Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Dalam pada itu, Alif turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mengerjakan solat fardhu Subuh secara berjemaah di masjid berdekatan kediaman masing-masing.

“Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing.

“Insya-Allah, saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti,” katanya.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga mengisahkan bagaimana penghasilan Al-Quran dilakukan.

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

“Pembuli Dia Tak Pernah Minta Maaf, Tapi Minta Bergambar” – Isteri Dedah Trauma Ubah Sikap Yonnyboii

Isteri mahu Yonnyboii jadi lebih tegas, berhenti jadi people pleaser

Hiburan Fri, 4 May 2018

Ini Ujian Allah Untuk Saya…

Ketika diajukan soalan sama ada beliau tahu punca ‘sakit’ ini muncul, pelakon kelahiran Singapura ini menganggap semua ini ujian dan enggan menuding jari ke arah sesiapa.

Featured Thu, 17 Jul 2025
Featured Sat, 5 Mar 2022
Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Events Mon, 4 Feb 2019

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Sampai Bila buat bulu roma meremang!

Trending Thu, 25 Jun 2020
error: Content is protected !!