Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 17, 2022 @ 2:30pm

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia adalah pada hari Nuzul Al-Quran dimana Allah S.W.T menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan adanya teknologi, penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke 21 ini lebih mudah untuk naskhahnya diperolehi.

Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar?

Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan ayat-ayat suci Al-Quran sebenarnya dilakukan secara manual menggunakan tangan diatas kertas manuskrip bersaiz A1. Begitu juga dengan hiasan pada setiap halaman yang dikenali sebagai seni zukhruf.

Selain itu, Keselamatan Dalam Negeri (KDN) turut memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian Al-Quran di Malaysia. Setiap penerbitan dan percetakan Al-Quran wajib memperolehi cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada cacat dan silap pada kalam suci Allah.

Dokumentari istimewa yang akan bersiaran selama satu jam ini merungkai sejarah awal pengumpulan serta penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi di dalam dunia Islam.

Saksikan Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran pada hari Selasa, 19 April 2022 pada jam 9.00 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022
Trending Tue, 18 Dec 2018

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Al-Fatihah…Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke Jannah, Insya Allah.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Trending Thu, 29 Oct 2020
LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

5 Local Drugstore Foundation Dupes for Oily Skin

Keep shine at bay, all day every day with these ringgit-friendly alternatives!

Hiburan Mon, 30 May 2022

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

MK mengaku belum berkahwin namun mempunyai seseorang yang dia hargai didalam hidupnya.

error: Content is protected !!