Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 30, 2022 @ 10:16am

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit.

Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil.

@mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat melawat ayah lan,gais sama2 kite doakan buat ayah lan ye,semuga ayah terus kuat.Sayang ayah #roslansalleh #anakseni #tanyakhabar #fyp #fypage ♬ original sound – Didie alias

Perkongsian yang dibuat oleh Didie di laman TikTok menyeru agar orang ramai mendoakan kesembuhan pelakon veteran itu agar kembali seperti sedia kala.

“Ok guys, pada semua yang tengah tengok mummy dengan ayah Lan, kita minta semua doakan ya.

“Semoga ayah cepat sembuh, semoga ayah diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dan boleh terus beraksi untuk korang, ok ayah I love you!” ucapnya.

Sementara itu, Didie juga menzahirkan rasa syukurnya kerana berkesempatan untuk melawat Roslan yang sedang sakit.

“Alhamdulillah, syukur dapat melawat ayah Lan.

“Sama-sama kita doakan buat ayah Lan, semoga ayah terus kuat. Sayang ayah.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, entri tersebut memaparkan Roslan gembira diziarahi oleh rakan artis dan sempat menunjukkan ‘thumbs up’ biarpun penglihatannya sudah terjejas.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mendoakan agar kesihatan Roslan bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Pak Lan tabah dan sabar.

“Semoga ada keajaiban untuk sembuh seperti sediakala.” tulis warganet.

Terdahulu saraf mata Roslan terpaksa dimatikan oleh doktor bagi mengurangkan rasa sakit  di kepalanya dan telah menyebabkan penglihatan Roslan terjejas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Ara Johari Ulang Kejadian Tahun Lepas Di AJL 33?

Lagu Bunga yang merupakan antara killer song pada malam ini ternyata membuatkan rata-rata penonton kecewa.

Featured Sun, 22 Dec 2024

Watie Dedah ‘Wishlist’ 2025 Dekta… Nak Masuk Kelas Vokal & Jadi Matured – “Kalau Masuk America’s Got Talent Mummy Bangga Tak?”

Anak perempuan tunggal pasangan Shuib dan Arwah Siti Sarah itu juga pasang impian untuk sertai America’s Got Talent

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Featured Tue, 22 May 2018

Penemuan Spesies Semut Baharu Ini Diberi Nama Echinopla Tunku-Abduljalilii

Sultan Johor namakan spesies baharu semut iaitu Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Trending Fri, 22 May 2020
Trending Thu, 20 Sep 2018
error: Content is protected !!