Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 7, 2023 @ 10:10am

Jayakan Filem Sumpahan Jerunei, Bront Palarae Berhadapan Dengan Cabaran Fizikal

Pelakon berkaliber, Bront Palarae yang bakal muncul dalam filem Sumpahan Jerunei berhadapan cabaran dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.

Watak Doktor Sani, pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak dalam filem bergenre seram fiksyen, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberi cabaran tersendiri buat aktor ini.

Menerusi filem terbitan Produksi Seni 2020 ini, Bront bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.

“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.

“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Uqasha, kata Bront, dia mudah bekerjasama dengannya kerana dia pelakon berpengalaman.

“Bukan dengan Uqasha sahaja, saya juga tidak ada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon lain kerana ia membabitkan kerjasama secara berkumpulan.

“Plot penceritaan filem ini juga mengenai ekspedisi sekumpulan pengkaji Saya pernah bekerja dengan Jason dalam beberapa projek filem, tetapi dalam genre berbeza.

“Antaranya, filem Belukar, Kau Takdirku dan dua musim siri The Bridge. Justeru, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan Jason dalam filem Sumpahan Jerunei ini,” katanya.

Ditanya kelainan filem Sumpahan Jerunei berbanding genre seram yang pernah dilakonkan, kata Bront, dia tertarik dengan nilai budaya yang diketengahkan dalam filem yang mengangkat mesej mengenai adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak.

“Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.

“Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini,” katanya.

Dari segi tarikan filem, kata Bront, banyak babak menarik yang boleh memberikan pengalaman mengasyikkan kepada penonton.

“Setiap pelakon diberi peluang berbincang secara bersemuka mengenai naskhah ini ketika sesi pembacaan berkumpulan.

“Dari sudut individu, kebanyakan watak adalah bersifat ‘straight forward’ sesuai dengan genre filem ini,” katanya.

Sementara itu, kata Bront, filem Sumpahan Jerunei juga memiliki kekuatan dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.

“Secara peribadi, saya berasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.

“Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini,” katanya.

Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.

Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.

Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).

Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.

Sumpahan Jerunei akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu […]

Featured Tue, 10 Feb 2026

Dua Sisi, Satu Pentas! Ambivert Tour Raisa Janji Malam Penuh Emosi Di Zepp KL

Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour.

Hiburan Wed, 31 Jul 2024
Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Mon, 1 Feb 2021
Featured Fri, 11 Nov 2022

Sharifah Sakinah Berjubah & Bertutup Litup, Sharifah Shahirah Sempat Buat Lawak – “Aku Rasa Baik Tutup Semualah, Buruk Benar”

Terkenal dengan karakter yang ‘gila-gila’ dan penampilan yang seksi, pelakon Sharifah Sakinah sering dikecam oleh netizen di media sosial. @shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik […]

Hiburan Thu, 28 May 2026

Video Rawatan Kecantikan Tular, Julia Farhana Didakwa Tanggal Tudung? Foto ‘Free Hair’ Profil IG Cetus Spekulasi

Julia juga dipercayai sudah menukar foto profil IG miliknya menggunakan gambar ‘freehair’. 

Hiburan Tue, 19 May 2026

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Cromok & Barbarik bakal bergabung menerusi konsert Black On White yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

error: Content is protected !!