Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 2:15pm

Video Rawatan Kecantikan Tular, Julia Farhana Didakwa Tanggal Tudung? Foto ‘Free Hair’ Profil IG Cetus Spekulasi

Pelakon, Julia Farhana menjadi sebutan hangat apabila timbul desas desus mendakwa dirinya sudah tidak lagi berhijab.

Menerusi akaun Instagram (IG) rasmi miliknya, Julia atau nama lengkapnya, Julia Farhana Marin, 32,  dilihat telah berkongsi semula (repost) sebuah video memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan kecantikan membuat kening dan bulu mata.

Video tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang bertanya sekiranya Julia kembali ‘free hair’ dan tidak lagi memakai tudung.

Bukan itu sahaja, berdasarkan pemerhatian, Julia juga dipercayai sudah menukar foto profil IG miliknya menggunakan gambar ‘freehair’.

Namun begitu, masih terpapar gambar-gambar Julia memakai tudung di ruangan IG.

Sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Julia berhubung dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Julia bersama suaminya, Dr Che Hafiz diambang perpisahan.

Bagaimanapun, Julia menepis dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik, malah Dr Che Hafiz juga memberi kenyataan serupa.

Artikel Berkaitan: Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Berjaya Dapat Sambutan Luar Biasa, Aliff Syukri Teruja Dapat Jual Durian Dengan Harga Rahmah

Murah rezeki Aliff Syukri jual durian semurah ni 🤲🏻😍

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Pakai Apa Yang Kita Rasa Cantik, Dottie Kongsi Tips Untuk Wanita Plus Size

Sejak muncul cantik dalam muzik video itu, Dottie turut dihujani soalan daripada peminat yang mahu tahu bagaimana dia membina keyakinan diri dan tampil dengan imej cantik.

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Belum Sedia Hamil Lagi, Biarlah Arif Membesar Dulu

Dengan jumlah pengikut serama 573,000 di laman Instagram kanak-kanak comel ini, tidak hairanlah Ariff dilihat mampu ‘mencaras’ populariti ibunya sendiri.

Featured Sat, 2 Apr 2022

“25 Tahun Saya Rehearsal Momen Ni” – Alif Satar & The Locos Sebak Berkolaborasi Semula Bersama Raihan, Sampai Terpaksa..

Alif Satar mengakui hanya ada dua selebriti yang membuat dia gementar iaitu Siti Nurhaliza & Raihan 🤩

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Wow! Beraninya kekasih lama datang semula kan?

error: Content is protected !!